Seperti yang anda tahu, sidang Parlimen sudah pun berakhir dan lebih menyedihkan apabila ia diakhiri dengan sikap atau tindakan Ahli Parlimen pembangkang yang bukan sahaja membuat kecoh tetapi membawa sepanduk ke Dewan Rakyat.
Perasaan ini saya kongsikan dengan anda bukan kerana saya adalah wakil rakyat BN, tetapi jauh dari sudut itu saya melihat betapa pemimpin pembangkang tidak langsung menghornati institusi terpenting negara itu. Jika seorang Ali Parlimen atau wakil rakyat tidak lagi tahu menghormati dewan dan speaker, apakah yang sepatutnya ada lagi pada wakil rakyat berkenaan.
Tindakan mereka itu hanya kerana mahu mempertahankan ketua mereka iaitu Ahli Parlimen Permatang Pauh, Anwar Ibrahim dan dua lagi rakan mereka iaitu Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), Azmin Ali (PKR-Gombak) dan R. Sivarasa (PKR-Subang), yang digantung selama enam bulan.
Saya tidak berhasrat membahaskan mengenai isu-isu yang bekaitan mengapa tindakan tersebut wajar diambil tetapi saya lebih ingin melihat kepada tindakan yang diambil pemimpin pembangkang dalam menangani keadaan itu. Mereka cukup biadab dan tidak pernah tahu menghormati undang-undang.
Justeru, rakyat harus melihat keadaan ini dengan adil dan bijak serta menilainya untuk menterjemahkan betapa sebenarnya orang yang tidak tahu menghormati institusi dewan adalah tidak layak sama sekali dipilih sebagai pemimpin pada masa akan datang. Ini adalah peristiwa yang benar-benar berlaku di hadapan mata kita sendiri, kita menyaksikannya.
Saya akan tidak faham jika pemimpin seperti ini mahu terus disokong dan dipilih. Rakyat tidak harus terpedaya denga keadaan ini termasuk terperangkap dengan permainan emosi yang tidak munasabah. Hakikatnya, perbuatan mereka sangat memalukan.
Saya juga kesal apabila masih ada segelintir rakyat yang bukan sahaja tidak peka tetapi terus terjerat dengan pembangkang. Inikah watak pemimpin yang hendak kita harapkan untuk membina dan membangunkan negara. Tolonglah, saya tidak nampak mereka ini berkemampuan. apatah lagi dengan sikap sedemikian, ia menjelaskan lagi bahawa mereka ini sememangnya tidak layak sama sekali.
Jujurnya untuk kita berfikir betapa sebenarnya undang-undang atau peraturan adalah sesuatu yang wajib dipatuhi tanpa mengira siapa pun kita. Adalah tidak bijak apabila kita membelakangi undang-undang hanya semata-mata undang-undang itu tidak memihak kepada kita. apa yang lebih baik ialah memperbetulkan kesilapan dan kelemahan.
Apa yang saya lihat, rakyat cuba dialihkan pandangan agar buta daripada melihat kesilapan yang dilakukan pemimpin pembangkang. Kita bukan sebuah negara yang mengamalkan undang-undang rimba. bukan. Kita adalah sebuah negara yang mendaulatkan undang-undang dan mempertahankannya.
Yang benar tetap benar dan yang bersalah tetap dikenakan hukuman. Akurlah dengan setiap keputusan yang dibuat kerana sebarang usaha mencabuli dan melanggari undang-undang akan hanya mendedahkan rakyat serta negara kepada pelbagai padah. Percayalah!.
1 comment:
YB tolong baca artikel ini. Saya buat satu analisa dan terangkan bahawa sebenarnya Anwar diberi peluang untuk memberi penjelasan tetapi di lengahkan oleh Karpal dan Sivarasa untuk tujuan mengagalkan proseding. Tujuannya untuk memalukan BN. Malah saya bagi bukti Tan Sri Pandikar benarkan peguam untuk mewakili Anwar. Klik http://mpkotabelud.blogspot.com
Post a Comment