Tuesday, November 16, 2010

ANDA GEMUK?... BERUBAHLAH.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini kita alihkan sedikit topik perbincangan. Kalau kita bercakap hal politik selalu pun, tak seronok juga.

Ketika sedang melayari internet malam ini, saya sangat tertarik dengan kenyataan Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Liow Tiong Lai mengenai isu kegemukan.

Menurut beliau, Tiga puluh peratus penduduk di negara ini mempunyai berat badan berlebihan manakala 30 peratus lagi obes.

Ia merangkumi semua peringkat umur, manakala jumlah kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan pula menunjukkan peningkatan yang membimbangkan sejak akhir-akhir ini.

Apakah reaksi anda dengan pendedahan tersebut. Kalau saya, saya sangat bimbang. Ini kerana, kegemukan bukan sahaja boleh menyusahkan pergerakan tetapi juga mendedahkan kita kepada pelbagai jenis penyakit.

Ia termasuklah masalah jantung, kencing manis, darah tinggi dan lain-lain. Dan, apakah bagi anda, 60 peratus itu adalah jumlah yang kecil?. Bayangkan, hampir separuh rakyat kita berhadapan dengan masalah seperti itu.

Ertinya, kita harus melakukan sesuatu. Jangan biarkan masalah ini berlarutan sehingga ia menjejaskan kesihatan kita sendiri. Hakikatnya, masalah ini hanya boleh diselesaikan oleh kita sahaja, bukannya orang lain.

Masalah saya fikir, masyarakat kita tidak terlalu mementingkan isu yang kita bincangkan ini. Ramai yang mahu kuruskan badan, tetapi tidak ramai yang berjaya mencapai apa yang mereka inginkan.

Maksudnya, ada yang tidak tahan dengan dugaan makan lalu mereka tidak mampu bertahan dengan diet yang sewajarnya. Oleh itu, kegemukan terus menjadi risiko yang harus mereka hadapi. Inilah masalahnya.

Lihatlah ketika puasa misalnya. Sebaik hari raya, pesta makan pun bermula. Secara lawaknya, manalah tidak gemuk orang kita ini.

Apa pun saya berharap, apa yang didedahkan menteri itu boleh membuka mata kita semua untuk memberikan perhatian terhadap cara pemakanan kita, cara diet kita agar kita tidak mengidap masalah seumpama itu.

Mudah-mudahan, ia cukup menginsafkan.

2 comments:

Anonymous said...

saya setuju sangat pandangan Yb. Dato'.bagus jugak Dato' ni..yea lah kadang2 kita kena beralih arah jugak tentang topic untuk dimuatkan supaya orang tak terasa boring untuk dibaca.. asik2 dengan isu-isu politik saje...hal-hal semasa lain pun perlu jugak!Jadi lah wakil rakyat yang sentiasa positif.

armouris said...

info tentang diet di SIHAT SELALU - Diet Tapi Tetap Gemuk Kerana Rendah BMR