Thursday, February 25, 2010

TERIMA KASIH DI ATAS DOA DAN KUNJUNGAN

YB Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein menziarahi saya di Hospital Pakar Damansara.

Rakan-rakan yang menghantar saya di Lapangan Terbang Sultan Mahmud sebelum saya berlepas ke Kuala Lumpur
Menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr A Rahman Mokhtar ketika dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah ada sedikit ruang untuk mencatatkan sesuatu hari ini. Syukur ke hadrat Ilahi kerana saya sekarang semakin sihat.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan datang melawat saya.

Terima kasih kepada kepada Naib Presiden UMNO merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu dan Menteri Dalam Negeri, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein yang sudi meluangkan waktu melawat saya di Hospital Pakar Damansara hari ini walaupun beliau amat sibuk.

Ucapan terima kasih kepada semua rakan-arakan Yang Berhormat, pemimpin badan bukan kerajaan, pemimpin parti dan rakyat yang sudi menziarahi saya dan mendoakan kesihatan saya. Juga di atas sekian banyak sms dan pesanan melalui laman facebook rakan-rakan yang mendoakan agar saya segera sembuh.

Juga ucapan yang sama dan penghargaan kepada Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang membantu membawa saya ke hospital dan doktor, jururawat serta petugas di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu yang menjaga dan merawat saya dengan sungguh gigih dan baik hati.

InsyaAllah saya sudah kembali pulih dan akan bertugas seperti biasa dalam waktu terdekat ini.

4 comments:

anisah roslina said...

ALHAMDULILLAH ..Datuk dah sihat dan kembali ceria."Kunjungan sebagai hamba rakyat kepada pemimpin "
zzzzzz... lewat lena ??
1.Kata orang tidur lambat dapat
mengelakkan teramat lebihan lemak.
** dah lama tinggalkan track
jogging di Batu Buruk .
2.Siapkan blog ; lokasi selamat
penanda tugas & tanggungjawab
3....... ????
zzzzzz........

Anonymous said...

SEORANG PEMIMPIN YANG HEBAT,BERKARISMA DAN BANYAK BERJASA KEPADA RAKYATNYA TANPA MENGIRA SIAPA PUN MAREKA .. PASTI AKAN DISANJUNG DAN DIHORMATI WALAU DALAM KEADAAN APAPUN DIA ..... SAYA JUGA MEMANJATKAN KEHADRAT ILAHI AGAR DATO SEGERA SEMBUH DAN DAPAT BERKHIDMAT KPD KAMI LAGI...RAKYAT YG MENYAYANGI DATO.....

Anonymous said...

semoga dato cepat sembuh dan kembali bersama -sama kami .....pemimpin berjiwa rakyat...tak sanggup berpisah lama-lama...

SHA said...

alhamdulillah.. smg dato' sentiasa dirahmati n dilindungiNYA sokmo.....amin