Wednesday, January 14, 2009

Peluang Menang semakin cerah


Assalammualaikum,alhamdulillah dalam kesibukan berkempen dapat juga saya meluangkan sedikit masa untuk menulis di laman ini.Barisan Nasional berpeluang cerah untuk memenangi pilihanraya kecil ini,berdasarkan bacaan sikap yang telah saya buat kebanyakkan pengundi berpuas hati dengan pimpinan kerajaan kini.Seharusnya semua pengundi rasa bersyukur dan memilih Barisan Nasional kerana calon BN telah dijanjikan akan dikembalikan jawatan Timbalan Menteri jika beliau menang,ini tidak pernah berlaku didalam sejarah.Ini bermakna calon BN ini mempunyai kredibliti dan kelebihan sehinggakan dijanjikan jawatan dalam kabinet.Saya percaya rakyat bijak memilih,rakyat di terengganu tidak akan termakan segala janji-janji atau omong kosong yang ditabur oleh pihak pembangkang.Pembangkang sudah tiada isu dan rasanya sudah tidak relevan,ini terbukti bila mereka memainkan isu-isu lapuk yang sudah tidak boleh diguna pakai.Saya kenal benar dengan calon Pas,saya sendiri tinggal dalam kawasan beliau,dun wakaf mempelam jauh ketinggalan dan terabai,ramai yang datang meminta bantuan dari saya bila saya tanya kenapa tak pergi kepada yb wahid,mereka menjawab,yb wahid tak de peruntukan,dok rok chetong,ini yang berlaku di wakaf mempelam,bayangkan jika satu dun pun beliau tak boleh nak jaga,bagaimana nak mengurus 3 buah dun lagi?Bagi saya tugas dan tanggungjawab seorang ahli parlimen itu sangat berat,saya bimbang pembangunan di kuala terengganu akan terabai jika pas menang kerana calon pas tidak mempunyai karisma dan kredibiliti,saya yakin pengundi kini bijak dan saya pasti dan percaya BN akan memperoleh kemenangan didalam pilihnaraya kecil p.036 ini,insyaALLAH

5 comments:

Tai said...

Ha YB, ni nak habaq kat hang sat. Hampa toksah dok rasa yakin saja. Usaha kena kuat. yakin saja tu, tak guna nak habaq bagi. usaha kena kuat dan gitu. perpaduan antara komponen mesti ada YB. jadi, bila dikatakan ada peluang cerah, ianya akan gelap kalau takdak kerjasama nak habaq bagi.

Sekali lagi, Pas takut pada bayang-bayang sendiri. Pelbagai tuduhan telah mula dibuat. kalau dia menang, dia sengap tak kata apa. Tapi, mukalau dia kalah, macam-macam tuduhan dia buat. Inilah dikatakan orang tak reti main politik.

add said...

Tahniah buat Datuk kerana berjaya "post" cerita baru menjelangnya prk ni,,, ingatkan dah tak minat lagi dah,,,

Saya setuju dengan pendapat sedingin salju. Dulu pun di permatang pauh puak BN kata "kita yakin menang" padahal dalam hati "dah kalah dah pun"...

Maka menjelangnya PRK P36 ni, saya mohon jangan keluarkan statement menyatakan BN dah menang, kerana apa? Bila YB sebagai pemimpin boleh mengeluarkan perkataan begitu, maka pengundi atas pagar ni akan mengandaikan, Kalau BN dah menang, tak payah la pegi ngundi lagi.Berbalik kepada jentera BN yang datang ke PRK ni saya nampak sekadar seronok-seronok dan harapan saya kepada pemimpin BN yang berceramah dan berkempen saya maerayu agar jangan mengutuk pemimpin PAS dan mengeluarkan pasal hudud, kerana rakyat dah muak dan akan bertambah marah jika pemimpin Pas dikutuk walaupun kutukan puak bn ni ada asasnya,,, kerana mentaliti di kt ni lain sikit. penyokong pembangkang ni jenis taksub,
dan dah la ambil gambar wakil calon bn sendukan nasi, angkat warga emas pergi hospital dan banyak lagi la kerja "hipokrit"..kalau menang nanti, ada ke wakil rakyat nak sendukan nasik lagi? nak usung warga emas pergi ke hospital? saya yakin "no more".. maka nak buat kebaikan pun berpada-padalah...

saya bukan tidak menokong apa yang bn buat tetapi kita nampak ada kepura-puraan... dalam menambat hati pengundi, kecuali sebelum ni masa calon BN selaku ketua bahagian telah menyendukan nasi, mengusung warga emas ke klinik, okay, tapi kalau setakat baru la ni nak buat tak yah la no..

Masa sudah suntuk untuk calon berkempen, sama-samalah kita berdoa dan bersembahyang sunat hajat dan bertawakal kepada allah agar memberi kemenangan kepada calon BN semoga perjuangan BN akan berkekalan dengan kesinambungan yang ada sekarang, tradisi membela rakyat, dulu kini dan selamanya, bersatu bersetia berkhidmat. Bila BN menang : maka berkokok lah mereka dengan alasan berikut:

1.Ramai pengundi hantu.
2.JPN buka sampai malam,untuk buat ic hantu.
3.SPR tak telus.
4.Polis tak adil
5.dan bla-bla bla...

kalau Pas menang,,

1.SPR telus
2.Polis adil
3.JPN bagus
dan bla-bla-bla...

semoga BN akan peroleh kejayaan... amin

add said...

Tahniah Datuk YB Nasir....
Khabarnya Yb akan dilantik sebagai Timbalan Menteri... guna kuaota trganu... tahniah sekali lagi kalau ini berita benar...

Ingatan dan pesanan kepada datuk Bakal Timbalan Menteri )tak kisahla kementerian mana pun)

1.Teruskan beamah mesra dengan rakyat.
2.Jangan terlalu memberi projek kepada kaum pas kerana, bila kita beri projek mereka akan baik dengan kita apabila ada projek sahaja,, bila dah siap projek,maka berangkatlah depa ke lapangan Pas semula.... betul kadang-kadang kita orang umno beri projek pada golongan pas dengan alasan bila kita beri projek, maka depa ni akan sokong umno.. (tahi kucing weh) kalau depa ni sokong umno... benda macam ni memang selalu berlaku di mana-mana tempat umno yang banyak projek.

seterysnya...Orang kepercayaan datuk di bahagian mestilah yang amanah dlam pembahagian projek dan agihan tugas untuk "awak-awak".. pastikan datuk sentiasa bersama dengan "awak-awak" ni...
ikutlah resam tok Pa jeli berpolitik....
tidak pernah kutuk pemimpin pas, sedar diri kalau rasa tak mampu nak brtanding naib presiden beliau undur diri dan hanya bertanding dalam MT sahaja.
PPPPentinG ::: Bloh Umno jeli penuh sarat dengan aktiviti umno dan sentiasa di update,,,,
sentiada bersama rakyat.
tidak sombong..dan bla bla...

semoga kita boleh berinteraksi lagi selepas YB menjadi Timbalan Menteri.. wassalam..

UMNO PARTI PENJARA said...

Semua yang berlaku ada hikmahnya..
kita kena redha :-)















Jom Sertai ‘UMNO Baru’ Dengan ‘Faizal’ :-)
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Terengganu Tetap Kubu Kuat Barisan Nasional
http://pro-faizal.blogspot.com
Idea Bernas Vs Loya Buruk ;-)
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

Laman Blog Baru >> http://Blog1Malaysia.blogspot.com

add said...

sonyap je datuk yb nasir dan pegawai web...
tengah packing pakaian nak ke putrajaya ke...