Monday, November 10, 2008

Terima Kasih Para Perwakilan dan Warga Kuala Nerus



Assalammualaikum kepada para pelayar alam siber,Alhamdulillah pada 8/11/2008,tepat jam 9.10 minit mlm saya telah menerima satu sms dari seseorang yang tertulis,MNG!!!.Saya terkedu,dan bingung benarkah berita ini?Kemudian Setiausaha Kerja Bahagian menelefon saya dan mengatakan benar bahawa saya telah berjaya mempertahankan jawatan Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus dengan majoriti 18 Undi,Alhamdulillah.18 Undi bukanlah angka asing bagi saya,ini kerana pada 2004 saya mendapat undi sebanyak 222 dengan majoriti kemenangan sebanyak 18 undi,dan pada kali ini saya mendapat 225 undi dan dengan mejoriti yang sama iaitu 18 undi.Kemenangan ini saya inging berkongsi sama bersama rakan-rakan blogger,kerana anda telah banyak memberi publisiti dan juga mendoakan kejayaan saya,terima kasih diucapkan,saya tidak akan melupakan budi yang telah anda semua curahkan kepada saya.Terima Kasih juga kepada Keluarga terutama Isteri tersayang dan Anak-Anak yang begitu memahami saya sehingga sanggup bercengkang mata kadang-kadang bersama saya,dan berkongsi pelbagai masalah dan perasaan bersama saya.Terima Kasih juga kepada Jentera dan Sahabat-Sahabat saya yang sanggup jatuh dan bangun bersama saya,menangis dan ketawa bersama saya,merangkak dan berjalan bersama saya,dan akhirnya kita berlari dan terbang bersama,Alhamdulillah.Kepada regu saya Hj.Ismail Nik,saya menghargai pengorbanan yang dilakukan olehnya pada saat tiada seorang berani menjadi regu saya,beliau tetap berdiri teguh dibelakang saya walaupun beliau tahu peluang untuk menang amat tipis kerana berhadapan dengan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan,saya tidak sesekali akan melupakan jasa beliau dan saya dengan ini akan melantik beliau untuk memegang salah satu jawatan pegawai yang saya diberi hak untuk melantik insyaALLAH.Saya juga tidak akan melupakan kepada rakan-rakan yang tewas didalam pemilihan AJK.InsyaALLAH kita masih dapat bekerjasama dan anda semua masih didalam ahti saya dan tidak akan saya abaikan.Saya berasan amat terharu terhadap sokongan yang diberikan oleh jentera dan penyokong-penyokong saya,kerana saya lihat pada pemilihan kali ini,satu semangat yang tidak pernah dilihat muncul,semua bekerja tanpa mengira waktu,wang ringgit,keluarga dan lain-lain,mereka benar-benar meletakkan saya lebih dari segala-galanya,ini adalah salah satu perkara yang akan menjadi kenangan saya seumur hidup,saya percaya dengan semangat yang ditonjolkan semasa pemilihan dan semasa dalam berkempen,insyaALLAH kita akan dapat memenangi semula Bukit Tunggal dan InsyaALLAH kita akan mendapat kemenangan yang besar didalam Pilihanraya ke-13 nanti.Oleh itu usaha untuk memperbaiki jurang yang ada akibat pertandingan 3 penjuru ini haruslah bermula segera demi mendapat kemenangan yang kukuh pada Pilihanraya ke-13.Terima Kasih juga kepada Datuk Seri Najib dan Datuk Ahmad Said yang sentiasa memberikan sokongan dan semangat kepada saya sepanjang kempen berlangsung.Saya sebagai Ketua Umno Bahagian ingin benar melihat perubahan dikalangan Ahli Jawatankuasa Bahagian yang majoritinya bukan dari Kem saya,kita harus bekerjasama dan perlu buang istilah 'Kem',kita perlu bekerja sebagai satu pasukan yang kuat dan bekerjasama,saya harap AJK akan sentiasa menghadiri Mesyuarat dan Program-Program yang diadakan.Saya juga akan meneliti siapa yang layak menjadi AJK Bahagian kerana saya diperuntukkan sebanyak 7 lagi kerusi bagi AJK yang dilantik.InsyaALLAH saya berjanji dan berikrar akan menjalankan tanggungjawab ini dengan penuh keikhlasan dan akan amanah,dan akan membawa Kuala Nerus ke sebuah dimensi baru.InsyaALLAH Wisma Umno Kuala Nerus akan dibina kerana tanah seluas 2.8 ekar yang saya serta rakan-rakan perjuangkan telah mendapat kelulusan dari Umno Perhubungan dan Kerajaan Negeri,begitu juga dengan Daerah,Kuala Nerus menjadi sebuah Daerah ini telah dijanjikan oleh Mantan MB dan MB kini.Saya akan usahakan supaya pengishtiharannya sebelum pilihanraya ke-13 sebagai hadiah kepada rakyat Kuala Nerus,InsyaALLAH.Terima Kasih Semua!!!!!!!!!!

9 comments:

GAP KEMBALI said...

tahniah yb

YB telh dipilih menjadi khalifah, moga tugasan yb bukan sekadar umno hatta pas dan pkr malah rakyat tanpa berparti MERUPAKAN TANGGUNGJAWAP yb.

bawalah anjakan dimensi baru politik melayu. yang ada selama ini cukup membosankan..gaduh,kronisme,berpuak dll merupakan penyakit yang tiada kesudahan.

kuala nerus..gap kerap balik ke sana dan melihatkan pekan batu enam umpama pekan pas..beranikah yb menjadikan diri yb sebagai 'YDP' mereka ? satu cabaran.

namun cabaran setempat sekadar menyelesai masalah mikro.

yb ahli parlimen..bawalah sesuatu yang boleh memperbetulkan semula segala kesilapan pemimpin melayu.

ARTIKEL 11 MASIH BELUM SELESAI

bawalah sesuatu yang 'memnggembirakan' tuhan..sudah pasti akan dibalas oleh NYA.

apa pun..rangkaian bloger mengucap tahniah dan selamat menjadi khalifah.

. said...

teruskan perjuangan dengan penuh keikhlasan. salam perjuangan dan jemputlah menziarahi blog saya.

Yuzz said...

Tahniah YB diatas kemenangan yang tidak dijangka kerana ditentang Exco dan juga YB2 yang tidak mengenang budi YB...juga kepada isteri YB yang juga bekas guru Bahasa Inggeris saya di SMM tahun 1990-1995. Saya mengkagumi YB diatas kecekalan YB sejak menjawat jawatan Ketua Pemuda Bah. Kuala Nerus. Juga tidak dilupakan ayah saya (from Kg. Kebor Tok Bilal..YB kenal) yang senantiasa menyokong YB semasa YB dalam keadaan senang dan juga susah kerana beliau from Kem Arwah Datuk Rashid Mohamad.

afiqsyahmir said...

www.afiqsyahmir.blogspot.com

Tahniah YB atas kemenangan dan mengekalkan kerusi Ketua Bahagian Kuala Nerus.

Suara-suara YB dari Terengganu termasuk YB Datuk amat jarang kedengaran berbahas di parlimen. Kenapa yea? Rakyat Terengganu perlukan MP-MP dari Terengganu yang memperjuangkan anak bangsa Terengganu dan bawalah isu-isu dari Terengganu untuk di bahaskan di parlimen.

Sri Diah said...

Salam YB dan TAHNIAH atas kejayaan. Semoga terus menabur bakti untuk rakyat yang memerlukan. Kami akan terus melaporkan aktivti dan perjuangan YB. Salam.

- Kita pernah bertemu dan berbual di Taman Sinar Harapan. Sila ke blog saya di - http://sridiah2u.blogspot.com

Anonymous said...

Betapa Kurang Ajarnya

---------------------------------------------------------------------



Isu 'Allah' ke Mahkamah Persekutuan

Majlis agama, Macma diarah fail afidavit isu membabitkan Herald-The Catholic Weekly

KUALA LUMPUR: Tujuh Majlis Agama Islam negeri merujuk pertikaian penggunaan perkataan 'Allah' oleh pihak tertentu kepada Mahkamah Persekutuan bagi menentukan kedudukannya di sisi Perlembagaan Persekutuan.

Hakim Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), membenarkan tujuh Majlis Agama Islam itu dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) membuat permohonan berkenaan kerana ia membabitkan isu Perlembagaan.

Berikutan itu, Lau menetapkan 27 Februari depan untuk semua pencelah memfailkan afidavit berhubung semakan kehakiman per-mohonan Titular Roman Catholic Archbishop Kuala Lumpur berhubung penggunaan nama `Allah' dalam majalah Herald-The Catholic Weekly.

--------------------------------------------------------------------------------------

Beginilah apabila manusia yang dikatakan sahabat dalam Pakatan Rakyat yang sudah mendapat sedikit kuasa sudah berjaya menghapuskan hak orang Melayu ingin pula menghapuskan agama suci kita sedikit demi sedikit. Dulu dilarang Azan. Sekarang ini pula. Hendak guna nama ALLAH. Sejak bila di Malaysia Tuhan disebut ALLAH oleh orang-orang Kristian, Buddha, Hindu dan lain-lain. Tuhan di sebut Tuhan lah. Itu kepercayaan awak !
--------------------------------------------------------------------------------------
Undilah ADIL, PAS dan DAP
UNTUK MENGHANCURKAN MELAYU & ISLAM


YB LAWAN PAKATAN TU AJAR MEREKA!

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

kalau Yb sahabat dengan ahli parlimen lipis bermakna Yb juga sahabat rakyat lipis.

UMNO PARTI PENJARA said...

tahniah :-)


erm...kalau tak silap... samalah dengan kemenangan ketua bahagian saya...18 undi majoriti ;-)











Blog Generasi Muda
http://pro-faizal.blogspot.com
Aura Baru Pemuda UMNO
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com