Saturday, November 29, 2008

Salam Takziah:Razali Ismail,Permata Berharga


Assalammualaikum para bloggers,saya harap semua berada didalam keadaan sihat dan sejahtera.2,3 hari ini saya agak sibuk dengan retreat Umno Terengganu yang melibatkan seluruh bahagian yang berlangsung di Awana Genting Highland.Jam 6.45 ptg,saya telah menerima satu panggilan telefon dari seorang rakan,panggilan telefon yang tidak pernah saya jangka dan mengejutkan,panggilan telefon itu membawa berita pemergian Dato Razali Ismail yang kembali ke rahmatullah.Saya amat terkejut kerana semasa hendak ke Genting dari Parlimen saya dan Dato Jidin bersama-sama Dato Razali bertolak bersama,beliau kelihatan biasa bersembang bersama saya dan Dato Jidin.Saya mula mengenali beliau sejak beliau berkhidmat di Maktab Perguruan Batu Rakit sebagai Pengetua,beliau adalah seorang yang simple,humble,berani,bersemangat,jujur,dan baik.Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar bagi Negara amnya dan Terengganu khususnya dan juga suatu kehilangan besar dalam bidang pendidikan negara.Beliau adalah antara golongan cerdik pandai Malaysia sehinggakan beliau pernah disebut-sebut akan menjadi Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia suatu ketika dulu.Saya amat berbangga kerana dapat mengenali beliau dan menjadi sahabat beliau,Takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga ALLAH mencucuri rahmat keatas roh beliau,Al-Fatihah

4 comments:

Sedingin Salju said...

Semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh yang maha esa.

khazaidi kamaruddin said...

sebagai anak jati terengganu, saya telah melihat ketokohan yang bernama razali ismail sejak tingkatan satu. mendapat 5A dalam upsr membolehkan saya mendekatinya dengan lebih dekat melalui majlis kecemerlangan. Syukur, dapat jua bertemu muka dengan allahyarham.

ketokohannya lah membawa dimensi baharu dalam era kegemilanagn pendidikan di terengganu:nobody could deny this. 5 tahun rekod terbaik UPSR. ketika itu, kita semangat dengan pendidikan anak bangsa dan TERENGGANU seringkalai diangkat sebagai negeri yang mempunyai sistem pendidikan yang terbaik.

penglibatannya dalam UMNO pada tahun 2004 sebenarnya cukup meneydihkan saya, namun, apakan daya itulah pilihan beliau.. dengan penuh yakin, saya percaya dia akan membantu kementerian pelajaran melalui ketokohanya.

he's great eva.. not "was"!

kepada semua ahli keluarga dan sanak saudara, ucapan takziah saya ucapkan..

untuk dato', tahniah diangkat sebagai ketua bahagian. saya kagum dengan dato' kerana kegigihan dato' memblogging membuktikan golongan "lepas belia" dalam UMNO masih lagi percaya BLOG adalah kuasa mengundi yang baharu dalam dunia politik negara ; global.

untuk dato'.. saya tinggalkan satu kata hikmah :

Kebanyakan orang membuat satu kesilapan yang sama ... dengan menganggap kegagalan sebagai musuh kejayaan.... anda semestinya mempergunakan kegagalan untuk kebaikan anda..... Teruslah mara dan buatlah segala kesilapan. Buatlah sebanyak mana yang mungkin anda buat. Kerana ingatlah bahawa disitulah tempat anda menemui kejayaan - di sebalik kegagalan
(Thomas Watson - IBM)

GAP KEMBALI said...

salam takziah. moga roh arwah dicucuri rahmat.

add said...

Al-Fatihah dan salam takziah buat keluarga DRI.
Kehilangan besar kepada golongan pendidik yang baru hendak bernafas apabila muncuknya seorang timbalan menteri pelajaran yang baru nak menaik kan kembali martabat golongan pendidik. Tidak seperti menteri dan timbalan menteri yang ada sekarang atau lalu yang "kurang menyelami isi hati" malah cepat melatah terhadap golongan pendidik.

Semoga Allahyarham Datuk Razali Ismail ditempatkan bersama -sama dengan para solihin... amin...

Dan pengganti Datuk Razali Ismail biarlah diganti juga dengan Datuk Razali Ibrahim, calon Naib ketua pemuda UMNO...kerana sinarnya agar terserlah disamping akronimnya sama iaitu DRI.