Monday, September 22, 2008
Sunday, September 14, 2008
MP Kuala Nerus nafi sertai Pakatan Rakyat
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Nasir Ibrahim menafikan desas desus bahawa beliau adalah antara tiga ahli Parlimen BN di Terengganu itu yang akan menyertai Pakatan Rakyat.Mohd Nasir yang juga ketua Umno bahagian Kuala Nerus berkata, namanya telah disebut-sebut akan menyertai Pakatan dan tersebar luas di Terengganu.
Beliau juga menafikan ditawarkan jawatan menteri kewangan kedua jika menyertai Pakatan. “Saya bertanding atas tiket Barisan Nasional dan kerana itu saya berpegang kepada janji menjadi wakil rakyat BN.“Mereka (Pakatan) tidak pernah datang dan jumpa saya serta rakan-rakan yang lain,” katanya ketika dihubungi di Taiwan semalam..
Dua lagi ahli Parlimen BN Terengganu yang disebut-sebut akan menyertai Pakatan ialah ahli Parlimen Dungun, Matulidi Jusoh dan ahli Parlimen Hulu Terengganu, Mohd Nor Othman.Penyertaan mereka ke Pakatan menjadi buah mulut di kalangan orang ramai di Terengganu, termasuk di kalangan ahli dan penyokong Umno.Bagaimanapun, Malaysiakini gagal menghubungi Matulidi dan Mohd Nor untuk mengesahkan perkara tersebut. “Mungkin kerana dahulu saya rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerana faktor itu nama saya disebut akan menyertai Pakatan,” kata Mohd Nasir.
Sementara itu, laman web Tranungkite melaporkan lima ahli Parlimen BN yang melawat Taiwan akan balik lebih awal iaitu Sabtu ini.Menurutnya, mereka ialah Mohd Nasir; ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Saddique; ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Dr Puad Zarkashi; ahli Parlimen Kimanis, Datuk Anifah Aman dan ahli Parlimen Tanjong Manis, Norah Abdul Rahman.Tranungkite mendakwa, mereka pulang awal kerana mahu keluar BN dan menyertai Pakatan kerana dilaporkan ditawar jawatan menteri.Lamanweb itu juga melaporkan Mohd Nasir ditawar jawatan menteri kewangan kedua, Halimah (menteri perdagangan antarabangsa dan Industri), Dr Mohd Fuad (menteri keselamatan dalam negeri), Anifah (menteri pertanian) dan Norah (menteri pelajaran).
petikan malaysiakini(http://malaysiakini.com/news/89532)
Monday, September 1, 2008
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan
Assalammualaikum para pelayar internet,maafkan saya kerana agak sibuk kebelakangan ini sehingga tidak berpeluang melayari laman ini.Alhamdulillah selesai sudah sidang Parlimen dan akan bersambung selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.Saya juga ingin mengambil peluang ini bagi mengucapkan tahniah kepada Y.A.B PM kerana telah berjaya membentangkan sebuah bajet yang berunsurkan dari rakyat kepada rakyat.Saya melihat bajet ini amat telus dan menitikberatkan kepentingan rakyat dan bajet ini bukanlah bajet 'mat jenin' tetapi bajet yang logik.Saya juga ingin mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-51 kepada seluruh wakyat Malaysia dan rakyat di Kuala Nerus,walaupun sudah agak terlewat,tetapi saya berharap rakan-rakan dapat memaafkan saya.
Sebenarnya semangat kemerdekaan tidak seharusnya muncul hanya pada hari sambutan kemerdekaan iaitu 31 Ogos pada setiap tahun,semangat ini perlulah berterusan sentiasa.Disamping itu syukur juga ke hadrat ilahi kerana jatuhnya 31 Ogos pada tahun ini bersamaan dengan tarikh melihat anak bulan bagi umat Islam mengerjakan satu lagi ibadah iaitu berpuasa.Saya berharap setelah mencapai kemerdekaan selama 51 tahun yang gemilang,Malaysia akan terus maju dan maju dan maju,insyaAllah.
Sunday, August 10, 2008

Assalamualaikum,pertama-tamanya saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dato Nasir kerana telah melepasi kuota pencalonan Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus.Dato Nasir telah mencapat 29 pencalonan daripada 60 cawangan yang telah mengadakan menyuarat agung umno cawangan masing-masing.Dalam Kuala Nerus terdapat 102 Cawangan,hanya 60 cawangan telah bermesyuarat,dan DMN telah memperoleh 29 pencalonan dan calon pertama yang melepasi kuotan pencalonan,bagi pencabar-pencabar beliau,Che Azmi 16 pencalonan,Basir Ismail 14 pencalonan, dan Hassan Ali 1 pencalonan.Semuga DMN akan terus dan sentiasa menerajui Umno Bahagian Kuala Nerus,Hidup DMN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Monday, August 4, 2008
Nasir mendahului pencalonan Ketua Umno Bahagian
KUALA TERENGGANU 1 Ogos - Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd. Nasir Ibrahim (gambar) Fikri mendahului senarai pencalonan untuk mengekalkan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus apabila menerima undian tertinggi setakat ini.
Sebanyak 26 daripada 102 cawangan UMNO Kuala Nerus yang mengadakan mesyuarat sehingga semalam dan daripada jumlah itu, 16 mencalonkan Mohd. Nasir.
Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Basir Ismail menerima lima undian manakala bekas ahli Parlimen kawasan itu, Che Azmi A. Rahman mendapat empat undian dan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Nerus, Hassan Ali memperoleh satu undian.
Semua ahli UMNO Bahagian Kuala Nerus memerlukan undian sebanyak 20 peratus daripada 102 cawangan UMNO Kuala Nerus iaitu kira-kira 21 undi bagi membolehkan mereka bertanding merebut jawatan ketua bahagian.
Mohd. Nasir ketika ditemui melahirkan keyakinan akan mendapat undian yang mencukupi bagi membolehkannya mempertahankan jawatan tersebut.
''Sebanyak 10 cawangan UMNO Kuala Nerus akan mengadakan mesyuarat hari ini, manakala lapan lagi cawangan dijangka mengadakannya esok.
''Saya jangka dapat melihat siapa yang akan mengepalai senarai pencalonan selepas 54 cawangan selesai mengadakan mesyuarat esok," katanya selepas merasmikan Program Merakyatkan Seni dan Budaya sempena sambutan ulang tahun Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (RMAD) di Kem Sri Pantai di sini hari ini.
Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Terengganu yang pertama di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said pada 12 Julai lalu memutuskan agar semua jawatan Ketua UMNO Bahagian di negeri ini tidak akan dipertandingkan.
Ahmad turut menasihatkan ahli-ahli UMNO Terengganu supaya tidak merebut jawatan berkenaan bagi memastikan keutuhan dan perpaduan dalam parti.

Saturday, August 2, 2008
Fitnah permainan kotor politik

Salam,Alhamdulillah setelah beberapa hari sibuk dengan urusan rakyat dan parti,hari ini saya dapat meluangkan sedikit masa untuk menerangkan tentang beberapa isu yang kini sedang hangat diperkatakan di Kuala Nerus.
Mungkin sesetengah pihak ada terbaca kenyataan saya di akhbar Berita Harian mengenai tomahan terhadap saya,berhubung pertandingan umno bahagian Kuala Nerus.Ada berita dan khabar kononnya saya mengugut tidak akan melantik semula Pengerusi JKK jika saya tidak mendapat pencalonan di cawangan tersebut.Disini saya ingin menegaskan bahawa tomahan ini adalah tomahan yang tidak berasas dan palsu.
Isu untuk menarik semula projek yang telah diberikan kepada cawangan dan amaran peribadi adalah taktik dan fitnah politik apabila ada sesuatu jawatan untuk dipertandingkan,isu dan fitnah ini adalah asam garam politik untuk seseorang calon menjatuhkan calon yang lain demi mendapat pencalonan yang cukup sebelum dapat bertanding pada pemilihan bahagian Oktober depan.
Tetapi setakat ini tiada sebarang bukti dikeluarkan dan ternyata ini adalah fitnah dan hanya khabar yang ingin menjatuhkan saya,saya minta kepada pihak yang mendakwa mereka mempunyai bukti atau maklumat mengenai isu ini untuk melaporkannya kepada badan disiplin Umno.Saya langsung tidak gentar untuk berhadapan dengan mereka yang melemparkan fitnah ini,bagi saya pengalaman saya yang sudah berkecimpung hampir 30 tahun didalam politik dan Umno telah banyak mengajar saya asam garam politik dan permainan kotor sesetengah pihak yang ini menjatuhkan seseorang.Jadi saya minta kepada seluruh warga Kuala Nerus untuk tidak menghiraukan khabar-khabar ini kerana ianya berbentuk fitnah.
Kegemilangan Bersama,
Salam,
Nasir Fikri

Friday, August 1, 2008
Wan Azizah oh nona ku
Salam,pertamanya terima kasih kepada Dato kerana menjemput saya untuk menguruskan blog ini.Saya percaya dengan adanya blog ini rakyat di kuala nerus akan rasa lebih dekat kepada dato.
Kita dikejutkan dengan berita Wan Azizah yang meletakkan jawatan beliau sebagai MP Permatang Pauh dan akan diganti oleh DAnwar didalam pilihanraya kecil.Sebelum ini kita juga ada terdengar yang Anwar akan bertanding di Bandar Baru Kulim jika tidak silap saya,tapi apa sudah jadi?????adakah Anwar takut dirinya akan kalah?
Saya pasti di Permatang Pauh pengaruh DAnwar masih kuat tapi keputusan Dazizah yang meletakkan jawatannya membuatkan keraguan mesih bertambah,adakah MP Bandar Baru Kulim tidak bersedia untuk meletakkan jawatan dan memberi laluan kepada DAnwar atau sebaliknya????hmmmm

Subscribe to:
Posts (Atom)