Monday, September 1, 2008

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan


Assalammualaikum para pelayar internet,maafkan saya kerana agak sibuk kebelakangan ini sehingga tidak berpeluang melayari laman ini.Alhamdulillah selesai sudah sidang Parlimen dan akan bersambung selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.Saya juga ingin mengambil peluang ini bagi mengucapkan tahniah kepada Y.A.B PM kerana telah berjaya membentangkan sebuah bajet yang berunsurkan dari rakyat kepada rakyat.Saya melihat bajet ini amat telus dan menitikberatkan kepentingan rakyat dan bajet ini bukanlah bajet 'mat jenin' tetapi bajet yang logik.Saya juga ingin mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-51 kepada seluruh wakyat Malaysia dan rakyat di Kuala Nerus,walaupun sudah agak terlewat,tetapi saya berharap rakan-rakan dapat memaafkan saya.



Sebenarnya semangat kemerdekaan tidak seharusnya muncul hanya pada hari sambutan kemerdekaan iaitu 31 Ogos pada setiap tahun,semangat ini perlulah berterusan sentiasa.Disamping itu syukur juga ke hadrat ilahi kerana jatuhnya 31 Ogos pada tahun ini bersamaan dengan tarikh melihat anak bulan bagi umat Islam mengerjakan satu lagi ibadah iaitu berpuasa.Saya berharap setelah mencapai kemerdekaan selama 51 tahun yang gemilang,Malaysia akan terus maju dan maju dan maju,insyaAllah.

1 comment:

Unknown said...

Bajet yg meringan bebanan rakyat. Harap bajet negeri kearah menyesejahterakan rakyat.
Harap dapat aktiviti bergambar YB sepanjang bulan puasa. Kurma dah bagi ke..