Assalamualaikum.
Benarlah kata
orang, politik negara kita sentiasa panas. Tanpa mengira waktu, tanpa mengira
apa pun, semuanya mahu dikaitkan dengan politik.
Malah di bulan
Ramadan ini pun, politik juga panas. Cuma agak malang sedikit apabila di bulan
Ramadan yang mulia ini, trend berpolitik boleh dikatakan gagal dikendurkan.
Lihalah apa
yang ada di laman social misalnya. Kata-kata kesat, fitnah dan menghina sesame umat
tidak pernah hilang. Ia sentiasa ada dan segar. Lebih malang lagi, yang
melakukan itu adalah mereka yang mengaku Islam, mengaku memperjuangkan Islam,
mengaku sebagai pengikut kepada parti Islam.
Itulah yang
agak menyedihkan saya apabila melihat perkembangan tersebut. Hairan, mengapa
orang kita tidak boleh mengalah langsung dalam hal politik ini. Hairan, mengapa
orang kita tidak boleh sensetif dengan perkara-perkara sedemikian di bulan
Ramadan ini.
Sewajarnya
Ramadan diisi dengan sifat-sifat yang mulia dan terpuji. Bulan yang
menganjurkan segala kebaikan buat kita semua. Kita seharusnya melupakan
sengketa politik sempena Ramadan ini.
Saya
berpandangan, cara berfikir masyarakat kita harus berubah. Mereka tidak boleh
terlalu ghairah dengan meletakkan politik mengatasi segala-galanya termasuk
kemuliaan Ramadan.
Saya khuatir,
perkembangan sedemikian akan membawa kehancuran kepada kita umat Islam.
Marilah kita
mengisi Ramadan dengan benda yang baik, perkara yang baik, tutur kata yang baik
– dan semuanya yang baiklah. Mudah-mudahan Ramadan kita ini akan diberkati.