Assalamualaikum.
Sejak agak lama sebenarnya, umat Islam
khususnya di Malaysia ini telah dimomokkan dengan apa yang dipanggil sebagai
politik Islam. Secara jelas, ia dipelopori PAS sebagai parti yang mendakwa
ingin melaksanakan Islam dan perjuangannya Islam. Sama ada kita percaya atau
tidak, sudah agak ramai yang terpedaya dengan perjuangan sedemikian.
Ramai yang terpedaya dengan gerakan
ini sehingga ada yang tergamak menafikan apa yang dilaksanakan UMNO sebagai
telah memenuhi tuntutan dan kehendak Islam. Lalu tidak hairanlah kita mendengar
pelbagai fatwa politik dikeluarkan demi menghalalkan setiap tuduhan dan fitnah
yang dilemparkan.
Hari ini saya ingin fokuskan
perbincangan kita kepada topik, benarkah PAS adalah parti Islam, yang
memperjuangkan Islam dan mahu melaksanakan Islam. Secara sejarahnya, PAS adalah
parti serpihan UMNO yang diwujudkan bukanlah bermatlamat sebagaimana yang
mereka laungkan sekarang. Dan, saya juga tidak nampak sehingga kini adanya asas
dan bukti-bukti bahawa PAS mahu menegakkan Islam di Malaysia seperti yang
mereka dakwa selama ini.
Apatah lagi sejak mereka berkawan
dengan DAP, matlamat PAS sentiasa berubah-ubah. Baik, biarkan itu.
Apa yang hendak saya lontarkan kepada
pembaca ialah betapa kita sebenarnya telah terpedaya dengan PAS. Saya
berpendapat, jika PAS adalah sebuah parti Islam, ia mestilah mematuhi kehendak
Islam serta menjarakkan diri mereka dengan hal-hal yang dilarang oleh Islam.
Apa yang saya maksudkan. Mari kita
berfikir. Politik Islam yang sebenar adalah politik yang wajib memenuhi
tuntutan Islam atau politik yang menjadikan Islam sebagai panduan mereka. Dalam
maksud yang mudah, politik itu mestikan mengikut Islam.
Apa yang berlaku sekarang ialah,
Politik telah memandu Islam. Dalam maksud yang mudah, Islam perlu mengikut
politik. Ini pendekatan yang salah dan perkara ini mungkin ramai di kalangan
kita terlepas pandang akannya.
Inilah yang membimbangkan kita.
Apabila Politik telah memandu Islam, maka terjadilah apa yang sedang terjadi.
Tidak hairanlah perkara yang dilarang oleh Islam tetapi dihalalkan politik,
maka perkara itu tidak lagi dianggap salah.
Sama-samalah kita fikirkannya.