Friday, April 8, 2011

TERENGGANU, KEBANGGAAN KITA SEMUA

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, cuaca kembali cerah. Kebimbangan mengenai kejadian banjir yang berlaku beberapa hari yang lalu kembali reda. Hari ini, kita sangat bersyukur kerana telah dapat menjalani kehidupan tanpa sebarang masalah.

Sesekali berfikir, merenung ... alangkah bertuahnya rakyat kita, khususnya di Terengganu. Sejak sekian lama, Terengganu telah jauh berkembang dan maju. Ia tidak dapat tidak adalah hasil daripada perjuangan kerajaan BN sehingga Terengganu kini berjaya berubah. Hakikatnya, bukan mudah untuk mengubah landskap kemajuan sesebuah negeri, apatah lagi Terengganu yang iklim politiknya berubah-ubah.

Hari ini, bandar Kuala Terengganu dan termasuklah juga di Kuala Nerus, kawasan Parlimen saya, kesesakan sering berlaku. Mengapa?. Pertama, berlakunya peningkatan jumlah kenderaan yang mencerminkan tahap ekonomi rakyat yang semakin baik. Kedua, kemakmuran negeri telah membolehkan rakyat mencari rezeki dengan baik dan sempurna dan banyak lagilah hal-hal yang lain.

Justeru, saya mengakui bahawa kita masih memerlukan kepada lebih banyak strategi pembangunan untuk memastikan ia seiring dengan keupayaan ekonomi dan taraf hidup rakyat. Ia termasuklah menyediakan kemudahan jalan raya dan sebagainya. Harus diingat, bahawa Kuala Terengganu tidak akan lagi seperti sekarang, mungkin dalam tempoh sepupuh tahun akan datang.

Apa pun, dengan pendekatan merakyatkan pembangunan dan pentadbiran, saya percaya bahawa kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said akan membolehkan perubahan besar berlaku di Terengganu. Rakyat akan melihatnya nanti.

Apa yang pasti, kerajaan yang ada tidak hanya bercakap tetapi mereka buat.

Apa pun, setiap kelebihan akan hanya dinikmati olehorang-orang yang tahu bersyukur. Berapa banyak pun kebaikan dan kelebihan yang diwujudkan atau dilaksanakan, jika ia dinikmati oleh manusia yang tidak tahu bersyukur, maka semua itu tidak dilihat dengan makna yang sebenar.

Oleh itu, marilah kita semua menjadi orang-orang yang sentiasa bersyukur. Belajarlah dengan kekurangan yang ada di tempat orang lain. Saya percaya, jika itu ada di hati kita, kita akan sentiasa berterima kasih kepada kerajaan BN yang telah berjaya membawa perubahan dan kesejahteraan rakyat di Terengganu khususnya.

Bab pembangkang, saya tidak mahu komen kerana mereka telah diberikan mandat pada 1999 -2004, namun menemui kegagalan.

Selamat membaca.

4 comments:

Anonymous said...

Salam 1 M'sia..Alhamdulillah...nampaknya rakyat Terengganu telah semakin sedar sekarang..apa tidaknya banyak projek telah dan sedang berjalan demi kepentingan dan kemudahan rakyat.
Rakyat pun dah pandai menilai mane yang lebih baik.
Kekalkan slogan "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan".

Anonymous said...

Salam 1 M'sia..Alhamdulillah...nampaknya rakyat Terengganu telah semakin sedar sekarang..apa tidaknya banyak projek telah dan sedang berjalan demi kepentingan dan kemudahan rakyat.
Rakyat pun dah pandai menilai mane yang lebih baik.
Kekalkan slogan "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan".

anisah roslina said...

Terengganu : indah & ceria

wan k said...

salam..teruskan usaha mendekati rakyat, kerana rakyat memerlukan pemimpin yang cakna...