Sunday, January 9, 2011

PERTEMUAN YANG SANGAT PENTING

Perjumpaan PM dengan Ahli Parlimen - Gambar Utusan

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Buat pertama kali, YAB Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen BN secara khusus bagi mendengar apa jua masalah dan cadangan-cadangan. Sebelum ini, pertemuan sentiasa diadakan tetapi pada semalam, ia diadakan lebih khusus.

Saya tidak mahu mencatatkan apakah yang dibincangkan kerana itu adalah hal pentadbiran, tetapi apa yang pasti, pertemuan tersebut amat penting dalam usaha PM untuk menjayakan agenda yang digariskan dalam gagasan 1Malaysia.

Kaedah yang digunakan PM cukup tepat bagi mendengar sendiri secara telus dan telrs mengenai apa jua perkara. bagi saya, inilah transformasi politik yang sedang dilaksanakan PM kerana beliau mahu memastikan setiap janji kepada rakyat, kita tunaikan.

Saya percaya, PM telah memperolehi banyak input di sebalik pertemuan tersebut yang sudah pasti akan membantu beliau melaksanakan apa yang beliau inginkan. Saya melihat ini sebagai perkembangan yang akan meningkatkan keuntungan politik kepada parti pemerintah, BN.

Saya percaya bahawa PM sedang dalam usaha untuk melakukan lebih banyak perubahan politik bagi memastikan BN akan terus kekal sebagai parti pemerintah negara ini pada masa akan datang.

Itu saja.


1 comment:

ZAINUDIN said...

Salam YB Dato'..if possible to change this phrase: "Saya melihat ini sebagai perkembangan yang akan meningkatkan keuntungan politik kepada parti pemerintah, BN."..to.."meningkatkan prestasi politik BN, demi keuntungan & kepentingan rakyat"..nampak lebih menarik..all the best & regards> ZAINUDIN.