Friday, January 21, 2011

PILIHAN RAYA KECIL LAGI

Assalamualaikum.

Belum pun tiba hari penamaan calon PRK Tenang, Johor yang dijadualkan esok (Sabtu - 22 Jan 2011), seorang lagi wakil rakyat di Melaka dilaporkan meninggal dunia malam tadi yang menandakan satu lagi PRK yang terpaksa diadakan.

Takziah saya ucapkan kepada keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau Melaka, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan dan berdoa semoga roh Allayarham akan ditempatkan di kalangan insan-insan yang beriman. Semoga keluarga Allahyarham melalui dugaan ini dengan penuh sabar.

Adalah tidak elok jika saya menulis mengenai PRK yang akan diadakan di Melaka itu tetapi secara umumnya akan ada PRK baharu bakal diadakan.

Seperti yang kita semua sedia maklum, kali ini adalah paling banyak PRK yang terpaksa diadakan, sama ada disebabkan wakil rakyat yang meletakkan jawatan atau pun meninggal dunia. Sedang menanti dalam senarai ialah kes di Selangor berikutan Speaker DUN negeri itu mengistiharkan kerusi DUN Pelabuhan Kelang telah kosong atas sebab-sebab yang beliau telah umumkan.

Biarlah apa pun faktornya, PRK adalah satu proses yang menuntut kepada perbelanjaan yang besar. Sama ada kita menyukainya atau tidak, keadaan tersebut tidak boleh dielakkan lagi. Kecuali kes yang melibatkan kematian, kes-kes lain sehingga menyebabkan PRK terpaksa diadakan haruslah ditangani dengan sebaik mungkin.

Ini berlaku disebabkan kita terlalu bermain politik walaupun kita baharu sahaja mendapat mandat rakyat pada PRU ke-12 yang lalu. Sepatutnya selepas PRU, kita memberikan fokus kepada usaha membela nasib rakyat dan menunaikan segala janji yang ada.

Politiking yang terlalu melampau bagi saya telah mengganggu kerja-kerja wakil rakyat terhadap usaha menjaga kepentingan rakyat. Saya berpendapat, hal ini tidak boleh dipandang remeh dan sebelah mata. Harus ada sesuatu yang wajar dilakukan bagi mengelak agar ia tidakj terus berlarutan.

Sama-samalah kita fikirkannya.

2 comments:

jf collection said...

salam YB..

ada baiknya YB create akaun facebook...sy cari dok jupe lg FB YB..ramai anok muda main fb..senang nok bui maklumat ape2.MB kite pun ade FB,penuh doh friendlist beliau...

sekian,
anak perantau, JB..
P.Kuala Nerus/DUN Tok Jiring

Fakeh said...

Apa kata UMNO kawasan tuan/puan anjur ceramah bertajuk KETUANAN MELAYU MENGIKUT ULAMA NUSANTARA. Dalam tajuk ini, kita akan faham bahawa UMNO tanpa sedar telah melaksanakan segala nasihat ulama-ulama besar Melayu dahulu kala. Maka sebab itulah Allah SWT pelihara UMNO hingga kekal relevan ke hari ini berbanding PAS. Kita juga akan faham bahawa perjuangan melalui bangsa adalah sunnah Rasulullah SAW dan memahami kesesatan aqidah Nik Aziz dari sudut ilmu yang dibahaskan dalam kitab-kitab Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Sila layari nota ceramah yang telah beliau wakafkan kepada semua netizen:-
http://www.docstoc.com/docs/72022611/Ketuanan-Melayu-Mengikut-Ulama-Nusantara

Mohd Fadhil bin Musbah al-Marwa ialah seorang guru pondok berumur 42 tahun yang berasal dari Sungai Merab, Kajang. Datuk mertua beliau ialah Tuan Haji Hamid Kajang, pengasas Maa’had Hamidiah Kajang yang terkenal. Beliau adalah bekas pelajar Maktab Sains Sultan Ahmad Shah (1982-1986) yang memilih jurusan pengajian bersanad di Pondok Tunjuniah, Kota Bahru; Pondok Pasir Tumbuh, Kubang Kerian dan Pondok Kerandang, Besut. Pernah bertugas sebagai guru JAIS dan KEMAS. Beliau tidak mengenakan sebarang bayaran tinggi, memadailah disediakan saguhati yang mengambil kira duit tol, duit petrol dan duit makan. Beliau boleh dihubungi melalui anak muridnya, Ustaz Mohd Saiful A. Karim di talian 013-365 5715 atau 019-366 9741.