Saturday, May 15, 2010

SELAMAT HARI GURU

Salam blogger,

Saban tahun, anak-anak kita meraikan sambutan Hari Guru setiap kali tibanya detik 16 Mei setiap tahun. Sambutan Hari Guru adalah sama seperti sambutan hari-hari yang diraikan dan wajar diperkasakan kerana ia mempunyai nilai yang tersendiri.

Selain dapat memupuk kasih sayang antara pelajar dengan guru, ia dapat membantu dalam banyak perkara. Apatah lagi jika diambil kita betapa terpujinya jasa dan pengorbanan guru.

Tiada ada sesiapa pun yang boleh menafikan bahawa gurulah adalah pembentuk masa depan bangsa. Tanpa guru, siapalah kita. Saya pun begitu. Tanpa guru, saya tidak mungkin berada seperti sekarang ini. Jasa mereka amat besar nilainya yang tidak boleh terhitung melalui wang ringgit atau harta.

Oleh kerana itulah, nama guru akan di bawa hingga ke akhir hayat. Seseorang yang pernah menjadi guru, mereka akan tetap dipanggil “cikgu” walaupun selepas mereka bersara. Dan, panggilan itu akan kekal sehingga guru itu meninggal dunia.

Hari ini saya melihat, terdapat satu perubahan besar dalam sambutan Hari Guru. Ramai murid kira yang begitu meraikan Hari Guru. Ini dapat dilihat melalui hadiah yang diberikan kepada guru mereka sempena Hari Guru dan guru pula meraikan pelajar mereka dengan pelbagai cara.

Keadaan ini sangat mendatangkan kesan positif dan harus diteruskan pada masa akan datang. Malah, jika boleh, usaha ini hendaklah terus diperkasakan lagi. Saya sendiri sangat bangga dan senang dengan perkembangan itu. Bagi saya, semangat menghargai dan mengingati jasa guru seharusnya dihidupkan sentiasa.

Kepada semua warga guru, saya ucapkan selamat menyambut Hari Guru. Doa saya, semoga anda semua akan terus gigih berusaha membela dan mempertabatkan ilmu anak bangsa kita, insya’Allah.

1 comment:

Cikgu Din said...

Bang Nasir... terima kasih atas penghargaan ke atas guru.. memang kita sangat terhutang budi kepada insan bernama guru ini... setiap daripada kita akan bermula dengan menulis dan membaca seawal TADIKA, Darjah Satu dan seterusnya... Cuma Hari Guru 16 Mei bang... bukan 15 Mei...