Sunday, April 18, 2010

CATATAN DI HULU SELANGOR

Assalamualaikum …

Perang Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor sudah bermula. Saya sendiri sudah beberapa hari di sini. Ternyata, di sini adalah tempat untuk kebanyakan orang politik berkampung. Itu suasana biasa sebenarnya setiap kali berlakunya PRK atau pun pilihan raya umum.

PRK Hulu Selangor telah dikatakan oleh kebanyakan orang bahawa ia adalah medan ujian buat BN. Ia dikatakan menjadi kayu ukur kepada BN untuk kembali merampas Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

Mampukah BN memenuhi kehendak tersebut kali ini?. Demikian antara topic menarik yang sedang berlegar di mana-mana pun. Saya bersama rakan-rakan dari Terengganu yang berkampung di Hulu Selangor ini bukan sahaja membantu kempen tetapi melihat apa yang sedang dan sentiasa berlaku.

Maksud saya, saya mencari di manakah kemampuan BN untuk menang. Berdasarkan kepada pemerhatian dan pertemuan saya dengan kebanyakan pengundi di kawasan PRK ini, rata-rata mereka sudah serik berada di bawah PKR sebelum ini. Mereka kini sedar bahawa tersilap memilih wakil rakyat akan membawa padah. Jika pada PRU 2008 mereka telah memilih PKR, kali ini mereka mahu kembali ke pangkuan BN.

Pengundi di Hulu Selangor nampak jelas menyesal memilih PKR sebelum ini. Apatah lagi kata mereka, Kali ini calon PKR ialah Datuk Zaid Ibrahim yang merupakan pemimpin dari Kelantan. Dia bukan anak tempatan.

Saya juga melihat kerja gigih dan sepakat jentera BN di Hulu Selangor. Mereka amat bersemangat sekali walaupun kadangkala terpaksa berhadapan dengan provokasi daripada pembangkang. Ternyata mereka tidak mudah terperangkap dengan apa yang sengaja dicetuskan.

Semangat ini bagi saya membuktikan bahawa BN sebenarnya masih kuat, masih memiliki jentera yang meyakinkan dan jauh daripada itu, harapan untuk menang semakin cerah.

Marilah kita semua berdoa, dan bersatu hati dalam memastikan kemenangan Bn pada PRK kali ini. Cukuplah kita tertipu dan ditipu oleh pembangkang yang wakil rakyat mereka hanya makan gaji buta semata-mjata.

Untuk rekod, Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PKR, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad akibat barah otak pada 25 Mac lepas. Kawasan itu mempunyai 64,500 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 63,701 pengundi biasa dan 799 pengundi pos.Pada pilihan raya umum Mac 2008, Dr Zainal menang dengan majoriti 198 undi menewaskan penyandangnya ketika itu Datuk G. Palanivel yang kini Timbalan Presiden MIC.Parlimen Hulu Selangor yang sebesar negeri Melaka itu terbahagi kepada tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu N05 Hulu Bernam, N06 Kuala Kubu Baru dan N07 Batang Kali, yang ketiga-tiganya dikuasai BN.

Salam 1Malaysia.

1 comment:

Unknown said...

Suka dicadangkan pihak UMNO menghubungi En Saiful 013-365 5715 bagi mengadakan suatu program ceramah tertutup bertajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH. Kumpulan ini terdiri daripada anak-anak murid tok guru pondok yang giat berdakwah secara sukarela menyedarkan masyarakat tentang kekufuran PAS dari segi aqidah. Mereka tidak mengharapkan sebarang bayaran dan apa yang dilakukan ialah bersifat fisabilillah