Sunday, December 27, 2009

PERGINYA SEORANG TOKOH

Saya (kanan) bertanya khabar mengenai kesihatan Allahyarham ketika berkunjung ke rumah beliau di Kampung Bukit Tunggal tidak lama dulu.

Assalamualaikum.

Berita pemergian penulis terkenal dan tokoh pemimpin pelajar Terengganu, Ariffin Ngah ke rahmatullah beberapa hari lalu amat menyentuh perasaan saya. Walaupun saya amat terkilan kerana tidak berkesempatan untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham kerana berada di luar negara kini, namun sepanjang beliau sakit, saya sempat beberapa kali menziarahi beliau.

Allahyarham adalah seorang sahabat yang yang sangat akrab dan baik hati. Beliau juga amat terkenal dengan sikap tabah dalam menghadapi dugaan serta cabaran. Justeru bagi saya, pemergiaan beliau adalah sesuatu yang amat dirasakan.

Selain sempat menziahari beliau di hospital, saya juga sempat bertemunya di rumah sebelum itu. Kekuatan Allahyarham ialah beliau tidak pernah menampakkan penderitaan. Maksudnya, Allahyarham adalah seorang yang mempunyai kekuatan dalam menghadapi setiap cabaran dan dugaan.

Saya sebagai seorang sahabat dan wakil rakyat, secara peribadi sangat kagum dan bangga dengan keupayaan Allahyarham berhadapan dengan cabaran hidup yang bukan semua orang mampu melalui.

Saya ucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berdoa semoga roh Allahyarham akan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, Insya'Allah.

Al-Fatihah.

3 comments:

Anonymous said...

pemimpin hebat kebangaankju. tahniah yb. kami bersamamu. berjiwa rakyat.

PenyairMalam said...

Yang Berjasa mesti dihargai. Kuala Nerus mesti wujudkan satu anugerah tokoh yang menamakan nama Allahyarham. guana Dato'

anisah roslina said...

Al Fatihah.
Kuala Nerus sinonim dengan
sasterawan.
Setuju dengan Penyair Malam wujudkan
Anugerah Sasterawan Gemilang ..
ok.. mm?
puitis hadir pada diri insan terpilih
.............. ~ *** ~ ..............