Saturday, December 19, 2009

MEMPERKASAKAN MA'AL HIJRAH

Assalamualaikum.

Dalam diam, kita telah pun memasuki tahun baharu Islam 1431 Hijrah. Walaupun 1 Muharram adalah cuti umum diberikan kerajaan kepada kita, namun apakah nilainya pada diri kita?. Yang jelas, tahun baharu Hijrah terlintas sekali pandang, dan kadangkala bagaikan tidak ada nilai pun. Ia dihabiskan dengan bercuti. Itu saja ke!.

Memang terlalu pantas berlalu, ketika sidang Parlimen sudah tamat bagi tahun ini, tahun 1431 adalah sesuatu yang penting dan bermakna. Ada banyak perkara yang mahu saya ajak anda fikirkan mengenainya. Pertama, apakah pengertian tahun baharu hijrah itu bagi kita dan bagaimanakah pula kita mahu mengisinya?.

Tidak ramai yang menjadikan tahun baru hijrah sebagai detik permulaan bagi menanamkan azam dan tekad, apatah lagi mahu memulakan azam yang baharu. Jika ada pun, jumlahnya tidaklah berapa kerat sangat. Boleh dibilang dengan jari. Berbanding dengan tahun baru masihi, ia diraikan dengan hebat sekali, dengan meriahnya. Itulah tabiat dan cara orang kita barangkali.

Yang unik di Negara kita alah, walaupun sebahagian rakyatnya tidaklah terlalu ghairah meraikan atau menyambut ketibaan tahun baharu hijrah ini, namun masih ada pihak yang ke hadapan. Parti politik, itu yang saya maksudnya. Pas misalnya selalu menganjurkan ceramah Maal Hijrah di kampung-kampung kononnya sebagai meraikan sambutannya.

Malang sekali ceramah mereka hanyalah diisi dengan fitnah, dakyah dan tuduhan. Maka sia-sialah sambutan yang dibuat. Itu cara mereka sejak dulu lagi dalam meraikan sambutan Maal Hijrah. Berbeza dengan cara kerajaan BN. Kerajaan BN memberkan penghargaan kepada tokoh-tokoht terbilang dari dalam dan luar Negara. Tahun ini, Prof Dr Yusof Al Qardawi, seorang ulama terkenal telah diberikan penghargaan sempena tahun baharu hijrah.

Dalam keadaan yang lain, kita bagaimana?. Apakah kita terfikir mengenai ketibaan tahu baharu hijrah ini?. Kita sedarkah akan kehadirannya?. Bagi kita, kita tidak terlalu sensetif dengan keadaan itu. Jelas sekali. Itu kita, bagaimana dengan generasi kita, masa depan kita.

Seharusnya kita berubah dan memperkasakan ketibaan tahun baharu hijrah yang sebenarnya mempunyai nilainya yang tersendiri dalam kehidupan kita berbanding tahun masihi. Kita harus kembali kepada menjasi insan yang sentiasa sedar dan tahu akan kehadiran tahun baharu tersebut.

Jika kita faham mengena pengertian tahun baharu hijrah, ia sebenarnya sudah memadai untuk mengajar kita menjad insan cemerlang sepanjang zaman.

1 comment:

anisah roslina said...

Ya Allah..di tahun baru Hijrah ini
Engkau muliakan & sayangi penerima ucapan ini.Berkati dirinya serta keluarganya,sihatkan tubuh badannya
limpahkan rezeki kepadanya,jauhkan dia daripada fitnah,penganiayaan & penghinaan.Suburkan benih keimanan dengan penuh kasih sayang serta taqwa tanpa alasan.Makbulkan cita-citanya yang murni.Amin Ya Rabbal A'lamin.Selamat Tahun Baru 1431H .
** anis **