Tuesday, December 29, 2009

PAS KATA BLOGER JANGAN FITNAH DIA?

Salam Satu Malaysia,

Walaupun saya sedang bercuti dan berada di luar Negara kerana menziarahi anak saya yang melanjutkan pelajaran di Dublin, Alhamdulillah saya tidak pernah abaikan untuk mengetahui setiap peristiwa yang berlaku di dalam Negara, khususnya di kawasan saya, Kuala Nerus. Mujurlah ada internet yang memboleh saya melayari segala peristiwa tersebut.

Saya tertarik dengan kenyataan beberapa pemimpin tertinggi Pas mengenai penulis blog. Mereka katanya telah menasihati penulis blog yang menfitnah mereka agar berubah dan lebih bertanggungjawab dalam penulisan mereka. Sata ketawa seorang diri membawa komen sedemikian. Sungguh sinis apa yang ada di fikiran saya sebenarnya.

Yalah, mereka ini seperti baharu bangun atau tersedar dari tidur. Pemimpin Pas baharu merasai bahana yang didakwa sebagai fitnah melalui blog sedang mereka tidak sedar betapa selama ini blog-blog pro Pas telah menyerang UMNO dengan pelbagai fitnah dan dakyah. UMNO bersabar dengan perkembangan itu kerana menyedari setiap kerja-kerja bathil ini tidak akan ke mana pun.

Sebaliknya Pas pula seperti gundah-gulana. Takut pada baying-bayang sendiri dan baharu sedar kononnya mereka difitnah. Bagi saya, pemimpin Pas dan blogger Pas itu sendiri perlu terlebih dahulu berubah sebelum mereka mahu orang lain berubah. Mereka telah melakukan kerja-kerja terkutuk itu sejak sekian lama, menfitnah pemimpin kerajaan tetapi apabila tindakan mahu diambil, ada yang tiba-tiba ghaib entah ke mana.

Rakyat melihat bagaimana jahatnya blog pro Pas menyerang dan menfitnah tetapi hari ini mereka mahu orang lain menghentikan serangan kepada mereka. Budaya menfitnah ini bukan budaya UMNO dan kerana itu kita lihat UMNO sentiasa diserang dengan isu-isu yang sengaja dicipta semata-mata. Berbeza dengan Pas yang sentiasa menfitnah orang tanpa mereka tahu hal yang sebenar.

Bagi saya, rakyat yang membaca kenyataan pemimpin Pas itu pun akan sinis seperti saya. Rakyat kita sedar apa yang juak-juak Pas lakukan selama ini – mereka menjadi penfitnah nombor satu demi untuk memastikan mereka memperolehi kuasa semata-mata. Itulah Pas.

Saya berharap, rakyat menilai semua ini dengan adil dan saksama selain merumuskan sesuatu mengikut akal yang diberikan Allah swt. Kita tidak boleh emosi dalam menilai, apatah lagi dalam menentukan tindakan. Itulah harapan saya.

Sama-samalah kita fikirkannya.

1 comment:

Anonymous said...

YB Dato' Mohd Nasir, saya amat menyokong dgn pendapat Dato'....penyokong2 umno selama ini membiarkan saja apa juga fitnah yg di hamburkan kpd pemimpin dan juga seluruh rakyat yg menyokong umno,kita berfikir apa guna di lawan kpd pekar2 bodoh nanti kita jadi macam org bodoh!!..tapi bila di biarkan semakin menjadi2 dan menampak kan pula semua yg di fitnahkan itu akan menjadi benar oleh rakyat yg malas berfikir....jadi sampailah masanya kita mempertahankan hak kita dgn berkata benar....umno tidak pernah berkata dusta malah terasa amat kecewa dgn kecelaruan fatwa serta ajaran songsang yg telah ditanam oleh pemimpin pas ke dalam pemikiran anak muda sehinggakan lari dari akidah yg sebenarnya...mendoakan bala pecah perut kpd pemimpin, mengajar mencarut, kalau tidak undi pas masuk neraka, tak boleh kawin org umno dgn org pas, org org pas tak boleh sembahyang berimamkan org umno yg di katakan kafir,masjid yg di bina oleh umno haram krna guna duit haram, org umno mati org pas tak boleh ziarah hukumnya haram dan macam2 lagi ajaran songsang yg menyesatkan seiring dgn kesesatan mereka....kalau pekara2 begini yg org umno tahu tak boleh di biarkan, sudah semesti kita memperbetulkan malah kita pun heran inikah corak islam yg mereka bawa???? pekara2 ini bukan satu fitnah buat mereka, org2 umno hanya nak memperbetulkan saja agar anak kecil tidak akan terikut2 dgn keperibadian mereka yg jahil itu...sebelum menegur kain orang lain koyak tengok kain sendiri yg dah lusuh koyak bercelabey....penyokong setia umno said