Thursday, November 19, 2009

RASUAH, DAKWAH DAN JUBAH

Salam Bloger,

Bukan pelik, tetapi ia tetap janggal. Mengapa saya katakan begitu?. Sebabnya masih ramai di kalangan orang kita (Melayu/Islam khususnya) bagaikan masih belum mampu menerima bahawa mereka yang berjubah, berserban, berimej warak dan digelar Tok Guru pun adalah manusia. Maksudnya, mereka tidak terlepas daripada salah dan silap.

Anehnya, tetapi bukanlah mengejutkan apabila pemikiran orang kita terlalu taksub terhadap mereka yang dipanggil Tok Guru. Seolah-olah manusia seperti itu tidak melakukan kesalahan langsung.

Jika saya boleh berikan pandangan mengenai isu penajaan menunaikan Fardhu Haji kepada MB Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Saya panggil Tok Guru bagi menggambarkan apa yang saya maksud di perenggan pertama tadi). Kalaulah pihak yang sudi menaja itu menaja Perdana Menteri kita ke Mekah, anda tentu faham apa yang Pas bakal jaja. Habis seluruh pelusuk Negara mereka menjaja kononnya pemimpin UMNO rasuah dan sebagainya. Mengapa?. Kerana PM kita adalah bukan Tok Guru walaupun ilmu dan kepintaran beliau jauh lebih baik berbanding Nik Aziz.

Sesiapa sahaja yang dikaitkan dengan UMNO dan disebut atau dikaitkan dengan penajaan boleh dilabelkan sebagai rasuah atau perasuah oleh Pas. Bagaimana dengan kes Nik Aziz. Oh tidak!... Nik Aziz mana ada rasuah sebab dia kan seorang Tok Guru, seorang ulama, takkan dia sanggup terima rasuah.

Maka pemberian itu dan persetujuan menerimanya (Sebelum keputusan membatalkan pemergian ke Mekah) tidak langsung diusik sebagai rasuah kononnya kerana ia melibatkan soal nak cari berkat dan sebagainya. Nah!, itu bila melibatkan orang yang dipanggil Tok Guru.

Saya serahkan saja kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan yang khabarnya sedang berjalan.

Apa yang hendak saya lontarkan ialah cara kita berfikir. Mengapa mesti kita terlalu taksub terhadap seseorang sehingga kita lupa bahawa dia juga adalah manusia biasa. Apakah Islam menganjurkan sedemikian rupa?. Akibat daripada inilah, maka pemikiran umat Islam mudah dipesongkan, apatah lagi yang ditaksubkan itu ialah orang politik yang sudah tentu setiap kenyataan, tindakan, keputusan dan tingkah lakunya pastinya berteraskan kepada kepentingan atau pertimbangan politiknya. Dan, yang jelas, sudah pasti bahawa apa yang diputuskan itu BENAR.

Jelas, kita wajar dan kena berubah dalam soal persepsi serta sifat taksub ini. Contoh yang saya sebutkan tadi menggambarkan betapa kita TIDAK BERANI menyalahkan orang yang selama ini dipanggil Tok Guru kerana di fikiran kita telah tetapkan bahawa seorang manusia yang dinamakan atau digelarkan sedemikian seolah-olah tidak mungkin melakukan kesilapan. Hakikatnya, kitalah yang silap dalam menilai. Itu jelas.

Saya bimbang, hal ini kita terus bersarang di dalam diri umat Islam, ia bakal mendedahkan mereka diperalatkan oleh pihak yang berkepentingan. Akhrinya, yang rugi ialah umat Islam itu sendiri.

Saya berharap, kita sama-sama fikir mengenai perkara di atas demi agama kita, diri kita dan masa depan generasi kita.

4 comments:

Anonymous said...

salam.

T.E Lawrence lebuh hebat ilmunya dari tok guru dari negara "ISLE" itu ....cuma penyokong yang taksup sahaja mengangap itulah manusia maksum dibumi malaya ini...

Hari ini allah swt telah melondeh semahunya tok guru yang sliparnya pun ada berkat..

tunas said...

YB Dato' Setuju kah YB Dato' sekiranya saya mengatakan bahawa rakyat taksub kepada pas kerana beberapa perkara:-

1. Pas muat berceramah boleh dikatakan tiap-tiap minggu dimana mana sahaja akan ada ceramah. Jadi orang melayu akan datang berduyun dugun mendengar cerah dan sekali gus sanggup menderma. Pertama kali kalu dengar munkintidak ada kesan tapi jikalau berkali kali kesanya ada.

Umno tidak upaya membuat demikian kerana tidak ada modal untuk mengata pemimpin Pas. Nak buat ceramah kena sewa bas panggil oranmg datang.

Sarana sata UMNO Kuala Nerus meneruskan perjuangan dengan berceramah dalam kumpulan kecil bolehlah dipanggil sembang2.

2.Pada tiap-tiap Jumaat Pas akan menjula Harakah di masjid masjid.Dengan tindak tanduk Pembangkang mengatakan bahawa surat khabar arus perdana pembohong maka rakyak sanggup membeli Harakah di masjid.

Saya sarankan UMNO Kuala NErus menerbit Newsletter Kuala Nerus dan diedarkan ke masjid masjid dikawasan Parlimen Kuala Nerus.

anis said...

ada pijat tuan buangkan
ada inti pulut direndam
ada hajat tidak diucapkan
ada hati masih terpendam
anak ayam belajar berenang
anak itik di paya bakau
mulut menyebut hati terkenang
rindu kawan jauh di rantau
hati rawan gundah gulana
ranting reput berpaut dahan
senyuman tuan penuh bermakna
bagai pelaut melihat daratan
biar berat lebih sesaga
lebih sesaga jadi sedekah
biar berat hidup diduga
jiwa raga pantang mengalah

anis said...

Saad Zagul Pasya mengungkapkan:
"Diriku dan akalku,kepandaianku dan lidahku,telah kuserahkan semuanya kepada bangsaku.Kalau usahaku diterima baik oleh bangsaku,puaslah hatiku.Jika tidak,aku tidak menyesal kerna segala yang aku kerjakan ialah
kewajipan yang diperintahkan oleh hatiku"