Friday, November 20, 2009

JUMPA SENDIRI NELAYAN DITAHAN DI PONTIANAK, INDONESIA

Assalamualaikum.

Syukur Alhamdulillah saya tiba di Pontianak, Indonesia tengahari tadi selepas bertolak dari Kuala Lumpur pada pukul tujuh pagi tadi dengan membawa satu misi yang saya fikir amat penting buat saya sebagai pemimpin yang diamanahkan oleh rakyat. Saya bersama isteri, Ketua Puteri UMNO Bahagian Kuala Nerus, Puan Aida Azam dan rombongan berada di sini bagi menemui lima nelayan Terengganu dari Seberang Takir (Kawasan saya) yang ditahan pihak berkuasa perikanan Indonesia Khamis lalu.

Walaupun sebenarnya saya perlu menghadiri mesyuarat agung Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang juga penting berikutan berlakunya proses “peralihan kuasa” selepas badan itu diletakkan di bawah Akta Belia, namun dalam hal ini, saya fikir rakyat mesti didahulukan dan itu jugalah yang dimahukan kepimpinan negara hari ini.

Alhamdulillah, pukul 4.30 petang tadi, kami berpeluang menemui lima nelayan yang dimaksudkan iaitu Wan Budiman Che Wan Ngah, 31 tahun, Musa Mohammad, 33 tahun, Ahmad Puad, 23 tahun, Mohd Arif Rosli, 20 tahun, dan Ahmad Faisal Sulong, 23 tahun di Pusat Tahanan Laut (Bukannya lokap atau penjara). Syukur, saya diberitahu dan melihat bahawa kesemua mereka berada dalam keadaan sihat dan telah diberikan layanan yang baik oleh pihak berkuasa Indonesia.

Buat masa ini, mereka kini dalam proses perundangan dan perbin cangan telah diadakan dengan pihak berkuasa Indonesia untuk mendapat maklumat sebenar dan terkini selain ingin memohon agar proses perundangan yang dimaksudkan dapat dipercepatkan.

Dalam kejadian Khamis lalu, kelima-lima nelayan terbabit telah ditahan pihak berkuasa perikanan Indonesia apabila memasuki perairan negara jiran itu ketika menangkap ikan. Saya difahamkan, kesemua mereka pada mulanya cuba melarikan diri walaupun selepas diarahkan berhenti sehingga ia memaksa pihak berkuasa Indonesia melepaskan tembahan dan terkena salah seorang nelayan tersebut.

Saya telah memberikan kata-kata semangat kepada nelayan terbabit agar mereka lebih bersabar menghadapi dugaan dan cabaran ini. Mereka juga gembira apabila mengetahui dan melihat kedatangan kami ke sini dan sudah tentu saya lihat di wajah mereka, adanya “kekuatan baru” buat mereka.

Kami bakal berlepas pulang ke ibu negara Ahad ini tetapi sebelum kami pulang, kami perlu menemui mereka lagi petang esok (Sabtu – 21/11/2009).

Saya berdoa, semoga usaha untuk membebaskan mereka tidak berhadapan dengan apa-apa masalah.

6 comments:

anis said...

berahi ini...
tumbuh dari laut
tika ombak pasang
sesekali ombak menerkam
bersama segumpal harapan
berahi ini...
datang dari laut
tatkala langit merah saga
senja tiba melabuhkan
bertautan dada harapan
berahi ini...
lahir dari laut
hamparan rezeki
ikrar meniti nasib
berahi ini...
tercipta dari laut
pantai penantian kalbu
tepian penunggu setia

Nelayang said...

tahniah datuk. bukan senang nak cari pemimpin gini. bukan nak hayun ke apa ke tapi inilah contoh pempimpin yang PM nak. kita kena terjemahkan apa yang PM nak datuk. tahniah.

scuba said...

Apa-apa pun didalam senang dan susah Yb Dato'kena ambil cakna tentang permasalahan rakyat...walaupun berat bahu memikulnya.Ini bertepatan dengan saranan PM...."satu Malaysia rakyat didahulukann, pencapaian diutamakan.Inilah ciri2 pemimpin yang disayangi rakyat.Kekalkan sifat2 itu.
semoga apa yang dilakukan diberkati Allah.

anis said...

ingat-mengingati...
"Hai orang-oarang yang beriman,jauhi lah kebanyakan sangka-sangka terhadap
orang,kerana sesetengah sangka-sangka
itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari aib orang dan janganlah
pula kamu mengumpat perihal yang setengah,sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging(bangkai)
saudaranya yang telah mati,maka tentu kamu benci memakannya."
**Surah Al Hujurat,Ayat 12**
jauh-dijauhi...
tangan jangan dipakai untuk mencatat sesuatu yang yang tidak boleh diucapkan
kerana tangan itu adalah sperti lidah kedua dari seseorang
**Iman Al Ghazali**
ikut-mengikuti...
"Ya Allah,bangunkan aku pada saat Engkau sukai dan berikanlah kepadaku pekerjaan yang Engkau sukai agar aku dapat hampir kepada Mu dan jauhkan dari azabMu"
**Doa sebelum tidur**

scuba said...

Salam.
Syukur alamdulillah jua,kerana mempunyai seorang YB berjiwa rakyat.Didalam keadaan susah ataupun senang...seorang pemimpin mesti cakna permasalahan rakyat...walaupun bahu yang memikul itu amat berat. Ini berikutan saranan PM kita yang mahukan 1 Malaysia..."Rakyat didahulukan".Semoga Dato' kekal dengan ciri2 kepimpinan yang ada agar rakyat sentiasa menyebelahi Dato'.

Pengundimu said...

tahniah datuk. kami pengundi seberang takir kagum dan bangga dengan datuk. inilah pemimpin yg kami nak di sini. cakna dan ambil berat sokmo hal rakyat. tahniah.