Tuesday, September 1, 2009

JIHAD EKONOMI MELAYU

Gambar hiasan

Salam Ramadhan,

Ramai orang mahu memperkatakan mengenai ekonomi Melayu. Malah, dalam banyak keadaan, ia menjadi antara topik yang sangat menarik perhatian. Rata-rata kita semua sedia maklum bahawa ekonomi Melayu masih pada tahap yang kurang memuaskan dan jauh terkebelakang. Masalahnya, adakah orang Melayu tolong Melayu?. Itu idea yang hendak saya lontarkan kepada anda hari ini.

Jika ditanya saya, saya sedih dengan kemampuan orang Melayu menolong Melayu, dalam maksud membantu ekonomi Melayu.

Saya tidak malu untuk melontarkan satu contoh yang sangat jelas walaupun saya mungkin dilabelkan sebagai agak rasis. Di kampung kelahiran saya di Kampung Seberang Takir misalnya, terdapat dua kedai kopi Cina dan sebuah kedai kopi Melayu. Penduduk di Seberang Takir pula boleh dikatakan Melayu semuanya. Jika ada orang bukan Melayu pun, ia mungkin yang terlepas pandang.

Apa yang berlaku di kampung saya. Kedai kopi Cina yang dua semakin maju kerana semakin ramai orang minum di situ. Siapakah orang itu. Cina ke?. Tidak. India ke?. Tidak juga. Melayu?... ya…ya…ya Melayu. Nak tahu pulak apa dah jadi dengan kedai kopi Melayu?. Hidup segan mati tak mahu. Inilah nasib Melayu kerana Melayulah yang meruntuhkan ekonomi Melayu.

Begitu juga dengan kedai rucit. Di kampung-kampung, berapa banyak kedai runcit Melayu yang ada. Tapi menjadi tabiat orang Melayu yang berlagak sombong dan angkuh apabila hendak juga ke bandar walaupun jaraknya memakan masa yang panjang semata-mata mahu membeli di kedai Cina. Mengapa?.

Ini bukan rasis tetapi saya mahu membawakan soal pemikiran dan cara Melayu iaitu mengenai bangsa saya sendiri. Sampai bilakah kita mahu begini. Apa salahnya kita memajukan kedai kopi Melayu kerana mereka bangsa kita. Apa salahnya kita membeli-belah di kedai runcit Melayu walaupun mungkin harganya mahal sedikit dua atau tiga sen.

Nah!, di sini saya lihat betapa perlu adanya jihad ekonomi Melayu. Tidak perlu pergi jauh. Kita perlu dan wajar memulakan di kampung-kampung kita. Orang Melayu kena ubah sikap dan sudah sampai masanya mereka begitu. Tidak ada masa lagi untuk mereka berubah melainkan sekarang ini.

Cukuplah dengan tabiat lama yang gemar memperlekehkan peniaga Melayu dan orang Melayu. Kita lupa, kita yang selalu mengkritik Melayu sebenarnya kita mengkritik diri kita sendiri. Saya sudah lama memulakannya dan saya harap anda juga seperti saya untuk memulakan jihad ini.

Hanya cara ini ekonomi Melayu akan maju dan berubah. Tiada cara lain sebenarnya. Sedarlah wahai Melayu sekalian yang ada.



4 comments:

pakcik said...

akum YB...

itu yang telah berniaga..masih tiada melayu yang mahu menolongnya..

bagaimana pula mereka yang hendak berniaga..tiada modal dan tempat untuk berniaga..

melayu memang tiada masa untuk menolong melayu..

apa yang jadi pada masa kini adalah kesan penolakkan melayu terhadap parti melayu yang dianggap lemah dalam membantu melayu...

padahal..persatuan melayu-lah yang paling banyak..tapi tiada sumbangan yang bermakna untuk orang melayu mendapatkan kail untuk mencari rezeki...

yang ada pada masa kini adalah..bagi gula-gula untuk di menyedapkan hati melayu...

scuba said...

salam yb,

Saya pun setuju sangat dengan pendapat yb Dato' tu... Dato' tau tak sebab apa orang melayu begitu sikap mereka yaa?....sebabnya orang melayu belum merdeka kan minda dan jiwa mereka!

TQ

matgok said...

saya dok setuju dengan pendapat Dato'..tak dok banyak barang kedai melayu..air dok kaow ( contoh)..
pikir2 kan lah.bukan dok suka tlg melayu..kedai felda pun boleh tutup..sebab dok banyak barang dan pekerja malas..kedai dok ceria, dok bersih. kedai mamak sebelah dia boleh idup molek2 ade.tanya ah Dato' usop Nor.
cuba bandingkan kopitiam n kedai kopi melayu..saya rasa dato' sendiri pun suka gi kopitiam.sebabnya dato sendiri tau..waallahhua'lam.

Anonymous said...

Antara punca kegagalan peniaga2 Melayu sebenar nya ada lah kerana tidak cukup ilmu untuk berniaga atau tidak mahu meningkatkan ilmu perniagaan. Walau pun bergelar graduan tapi jika tidak mengikuti kursus2 tertentu, contoh kemahiran diri berkomunikasi, marketing strategy, public relation dan sebagai nya.tidak mungkin blh menambat pelanggan! Nak berniaga sbb org lain berniaga. Tahan sebulan dua... lps tu bungkus.......? tak pernah nak kaji sbb apa kite gagal. yang tau nak modal dan bantuan aje.. tak gitu?