Tuesday, September 23, 2008

Banyak hal la si Anwar ni




Assalmmualaikum dan Salam Sejahtera,saya berharap semuanya berada didalam keadaan sihat dan bahagia.Kebelakangan ini kita dikejutkan dengan banyak perkara seperti 16 September,penahanan Teressa Kok,dan yang terbaru saya dapat makumat Raja Petra ditahan selama 2 tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.Saya memohon kepada rakyat Malaysia jangan cepat melatah,kerana apa yang kerajaan lakukan pasti ada sebab dan musababnya.16 September,tahniah saya ucapkan kepada Datuk seri Anwar kerana telah menjadikan ramai ahli politik dari pihak pembangkang sebagai 'bahan lawak' kepada orang ramai kerana sebelum ini mereka yang bertungkus lumus menghebohkan kepada media yang 16 september akan terjadi dan pelbagai lagi.Kini ahli-ahli politik ini hanya mampu berdiam sementara Anwar mencetuskan 'ilusi' baru iaitu tarikh 23 September,hari ini 23 September dan apa yang berlaku?masih tiada perubahan,kerajaan BN masih kukuh dan bersatu.Tidak keterlaluan jika saya katakan yang Anwar seorang yang kuat 'berimaginasi'.Penahanan Teressa Kok pula menampakkan rasa tidak hormatnya kepada umat islam dan agama rasmi negara kerana mempersoalkan penggunaan tulisan jawi dan laungan azan,sebelum ini kita dikejutkan dengan permintaan luar biasa dari kaum cina dari parti pembangkang,seperti pemberian biasiswa kepada kaum cina dan juga yang paling menyedihkan kenyataan dari seorang Melayu dan bergelar Y.A.B Menteri Besar iaitu Tan Sri Khalid yang menyatakan dan mencadangkan dengan sekeras-kerasnya untuk UITM di buka kepada kaum Cina.Saya bukanlah ingin bersikap perkauman disini,tetapi sudah termaktub dalam perlembagaan yang orang melayu diberikan 'hak-hak istimewa' didalam Malaysia.Menyedihkan pemimpin-pemimpin melayu dari pembangkang menyokong kenyataan dan cadangan ini,ini terjadi kerana mereka ingin menjaga hati dan perasaan rakan-rakan mereka didalam parti mereka dan pakatan mereka.Berlainan dengan parti-parti komponen BN,yang menunjukkan kepatuhan kepada perlembagaan negara dan rasa hormat kepada kaum Melayu,ini tidak dapat dinafikan.Saya berharap keadaan negara kita akan pulih dan saya yakin akan pulih kerana kita memiliki pemimpin-pemimpin yang berkeliber dan bukan hanya pandai cakap tetapi yang mempu melaksanakan apa yang dijanjikan,'kita bukan cakap,tapi kita buat'.Alhamdulillah.

5 comments:

perjuanganku said...

saya dulu penyokong kuat anuar zaman reformasi 1998, sekarang tak caye lagsung kat dia. sok lusa dia jual kita kat amerika. pengkhianat bangsa.

abe MIE 'TERJAH' said...
This comment has been removed by a blog administrator.
UMNO PARTI PENJARA said...

Salam YB,

Banyak hal yang leceh ni..
kalau 'no hal' takpe :-)



Selamat menyambut hari lebaran semuanya :-)
Saya doakan semuanya berbahagia dan selamat pulang ke destinasi ;-)





Amalan Rasuah Dan Pemuda UMNO Perlu Dibersihkan ;-)
http://pro-faizal.blogspot.com

Unknown said...

kelemahan UMNO dalam melawan Anwar ialah..
1. tiada orator setanding Anwar.
2. terlampau terikut-ikut taktik si pemutar belit tu.
3. lembab dalam berfikir strategi lawan.

btw, DSAI merupakan politikus yang oppurtunis dan tidak nasionalis. dia meliawat demokrasi dan berniat merampas kerajaan dari pintu belakang.

namun, kenapa ada rakyat masih menyanjung usaha liwat demokrasi ini?

jawapannya senang, sebab BN telah gagal mengajar rakyat tentang penakrifan segala hurufiah,semantik dan konsep ke atas istilah DEMOKRASI..

maka, beranganlah si Duda ingin menikahi isteri orang. akhirnya, si duda sekadar melihat beruk melompat-lompat dalam kandangnya sendiri..

[fahami secara eksplisit]

UMNO PARTI PENJARA said...

INFO TERKINI:

FAIZAL ZAKARIA TANDING KETUA PEMUDA UMNO - MUKTAMAD

RUJUK >> http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com