Thursday, September 2, 2010

BIADABNYA DEMO ANTI MALAYSIA DI INDONESIA

Assalamualaikum.

Saya telah mengambil masa agak lama sebelum ingin memberikan ulasan terhadap insiden membakar Jalur Gemilang dan melempar najis manusia di kedutaan Malaysia di Jakarta dalam tempoh terdekat yang lalu. Naik meluat saya dengan kisah-kisah biadab dan kurang ajar segelintir masyarakat di sana terhadap nama baik Malaysia.

Ya, memang benar dan saya amat setuju dengan andaian bahawa perkara itu hanya dilakukan oleh segelintir rakyat Indonesia yang kononnya telah diupah atau sebaliknya. Namun, apakah kerajaan Indonesia hanya membiarkan hal tersebut berlaku begitu sahaja tanpa apa-apa tindakan.

Sesiapa pun yang bernama anak Malaysia pasti marah dan sakit hati apabila melihat Jalur Gemilang dipijak, dikoyakkan dan dilemparkan dengan najis. Jelas saya melihat, kejadian yang dianggap dilakukan oleh masyarakat minoriti itu tidak diambil tindakan.

Polis Indonesia hanya memandang dan memerhati sahaja demonstrasi biadab yang dilakukan rakyat Indonesia itu. Kalaulah di Malaysia, tindakan tegas pasti diambil atas pelbagai sebab:

Pertama, atas nama untuk menjaga hubungan baik kedua-dua negara, maka sebarang tindakan yang boleh menyentuh perasaan atau maruah negara terbabit haruslah dijaga dengan baik. Dan, sebarang tindakan yang boleh merosakkan hubungan dua hala itu mesti dihalang.

Saya bangga dengan Polis Malaysia yang bertindak tegas terhadap cubaan dua lelaki yang mahu membakar bendera Indonesia di Kuala Lumpur beberapa hari lalu. Tindakan tersebut bagi memastikan perkara seperti itu tidak terus merebak.

Kedua: pihak polis Indonesia mesti memerangi petunjuk perasaan dan bukan membiarkan sahaja sehingga mereka lebih berani.

Ketiga: pihak Indonesia harus lebih peka dengan sensetiviti masyarakat Malaysia dan menyedari sumbangan Malaysia terhadap Indonesia.

Walaupun orang berkata bahawa kita turut bodoh jika mengikut jejak rakyat Indonesia itu, namun seperti kata Perdana Menteri kita, tahap kesabaran ada batasnya.

Ini bukan kali pertama tindakan biadab rakyat Indonesia terhadap negara kita. Saya masih ingat apabila rakyat mereka juga merusuh di sebuah kem tahanan suatu masa dulu dan membakar trak polis. Mereka dengan biadabnya mengibarkan bendera Indonesia seolah-olah ini negara mereka.

Memang, kita sentiasa mengalah kerana ingin menjaga hubungan dan hati Indonesia. Namun, jika ini terus berlaku, saya tidak tahulah apakah kesudahan kepada kisah ini.

Selagi boleh bersabar, bersabarlah … saya berharap pemimpin kedua-dua negara dapat mengambil satu pendekatan yang terbaik dalam menyelesaikan masalah yang berlaku ini.

Kepada rakyat Indonesia, bersyukurlah dengan apa yang orang Malaysia berikan kepada anda – keamanan, keselamatan, bantuan kemanusiaan dan lain-lain.

Mudah-mudahan, kesabaran ini mampu terus bertahan.

1 comment:

Anonymous said...

Malaysia tetap Malaysia, tak berani buat apa-apa cuma berharap yang buat tu hanya golongan atau kumpulan tertentu bukan dari pemerintah Indonesia.Seharusnya pemerintah Indonesia perlu menghalang perkara ni terjadi bukan membiarkannya berlaku sesuka hati.Mana Pak Polisi Indonesia untuk menghalang,mana?Pulangkan dan halau pekerja Indonesia dari sini.Kita juga perlu bertindak untuk mendaulatkan negara kita. Jangan asyik bertahan sesekali perlu menyerang.Dah makin kurang ajar Indon-indon ni.Apa Kerajaan Malaysia nak tengok orang Malaysia mati dibunuh disana baru mau bertindak?Atau mau melihat rusuhan merebak keseluruh Indonesia baru mau ambil keputusan.Walaupun Pemerintah Indonesia tidak terlibat dalam hal ini tetapi mereka perlu bertanggungjawab keatas kejadian ini.