Friday, October 10, 2008

Pengumuman Khas:Tanding Ahli Majlis Tertinggi Umno Malaysia

Assalammualaikum,alhamdulillah dalam perkembangan politik yang kurang stabil kini kian bertambah elok,Hari ini seharian saya bersama Dato Seri Najib,pada sebelah paginya di Gong Badak dan pada sebelah petangnya di Primula.Dato Seri Najib juga telah mengumumkan bahawa beliau akan bertanding bagi jawatan Presiden Umno.Hari ini secara rasmi saya ingin mengumumkan bahawa,saya Mohd Nasir Bin Ibrahim mengumumkan ingin menawarkan diri bertanding merebut jawatan Ahli Majlis Tertinggi Umno Malaysia,saya berharap semua bahagian-bahagian diseluruh Malaysia dapat menyokong dan memberikan pencalonan kepada saya,tujuan say bertanding adalah demi menjenamakan semula umno dan membawa perubahan dan saya berjanji akan menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen,Ketua Bahagian dan InsyaALLAH Ahli Majlis Tertinggi dengan penuh amanah dan tanggungjawab dan berjanji akan memartabatkan lagi bangsa Melayu.

6 comments:

RAJA SIBER said...

Mari kita pakat sokong & kempen Dato Nasir Nak tanding. Melalui blog saya, berita ini telah tersebar di internet. Ada melalui link laman web.

kulaan said...

ڤرجواڠن منڬق كبنرن ڤرلو دان كيت مستي برساتو تراوتما دالم مڠهادڤي موسوه اومت اسلام د مليسيا تراوتما كافير لعنة يڠ ماكين منجادي-جادي سهيڠڬ مريك براس كيت ترلالو لمه دان كچوت ڤروت .ماري كيت تولق ڤندوستا،ڤنچبول اڬام،بڠسا دان نڬارا.مريك يڠ برڤقسي يهودي دان بارت ڤاتوت كيت هاڤوسكن.

putrarahman said...

Syabas dato. Saya penyokong Barisan Nasional sejak dulu, tetapi tidak menjadi ahli mana-mana parti politik. Semenjak kebelakang ni, saya melihat perkembangan politik di Tanah Air kita ini sedang mengalami perubahan dasar atau struktur. Petanda perubahan ini dapat dilihat selepas PRU12 baru-baru ini. UMNO yang menjadi tunjang BN perlukan perubahan struktur yang nyata dan jelas yang dapat memberi mesej kepada golongan muda bukan melayu bahawa mereka masih disayangi oleh UMNO. Oleh itu UMNO perlukan tunjang baru dan penggerak baru seperti YB. Saya doakan agar YB dapat menjadi ahli majlis MT dan dari situ berusahalah untuk memasarkan golongan UMNO muda dari Terengganu supaya menjadi menjadi pemimpin di peringkat Pusat.

sahabat gunung said...

Assalammualaikum YB.

Tahniah buat YB, meletakkan kepentingan parti melebihi segala-galanya.

YB, saya sebagai seorang penyokong BN, sebagai ahli UMNO, saya mahu melihat UMNO kembali kuat, BN juga kembali teguh, untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat, khususnya orang Melayu kepada UMNO dan BN.

YB, semoga niat YB untuk bertanding MT pada Mac nie, akan mendapat pencalonan dari bhg2 UMNO.

Insya-Allah, kami di Lembah Pantai akan memberikan sokongan, semoga parti kita akan kembali kuat.

Selamat berjaya, YB.

azlishukri said...

saya akan link blog Datuk', terima kasih ziarah, saya sokong datuk.

UMNO PARTI PENJARA said...

saya umum nak tanding Ketua Pemuda kat laman blog, tak dapat pencalonan pun :-)


http://teampemudaumno.blogspot.com