Monday, September 22, 2008

Majlis Berbuka Puasa Paling Kontroversi


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,Ahlamdulillah telah lebih 20 hari kita berhadapan dengan bulan mulia iaitu bulan Ramadhan.Kini kita menghadapi 10 hari terakhir Ramadhan,ramai yang sibuk mencari pakaian,alatan rumah dan pelbagai kelengkapan bagi memastikan hari raya pada tahun ini bermakna.Bagi saya Raya pada tahun ini agak menyedihkan kerana tidak dapat bersama anakanda-anakanda tersayang,saya dan isteri kini berada di New York bagi menemani Y.A.B Datuk Seri Najib dan Isteri ke Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,dan hanya akan pulang pada Hari Raya Pertama,insyaALLAH.
Banyak spekulasi yang timbul mengenai diri saya,semasa saya di Taiwan bersama rakan-rakan BNBBC bagi lawatan sambil belajar,ramai wartawan yang menghubungi saya dari Malaysia bertanyakan benarkah saya akan lompat parti kerana ditawarkan jawatan Menteri Kewangan 2?ada pula yang bertanya benarkah Datuk Seri Anwar sendiri datang berjumpa saya dan meminta saya untuk lompat parti?Jawab saya senang,walaupun benar dahulunya saya memang rapat dengan beliau semasa beliau didalam Umno,tetapi saya tidak sanggup 'belot' kepada perjuangan Ayahanda saya dalam Umno.Ayahanda saya banyak berkorban demi memperjuangkan Umno,bangsa dan negara,dan saya tidak akan sekali-kali menjadikan perjuangan beliau sia-sia dengan membuat keputusan untuk melompat parti.
Pada 16 September 2008,ada rakan menghubungi saya dan berkata 'Nasir,boleh aku jumpa mu hari ni,tolonglah',saya bagitahu dia yang saya banyak program,dia kata 'Nasir,tolonglah aku nak jumpa mu,1 minit pun jadi' jadi saya pun cakap ok lah,mu datang la ke pejabat sekarang.Sampai-sampai je dia terus pegang saya dan tanya,betol ke petang ni mu akan umum untuk lompat parti jam 6.00ptg?Saya terus ketawa,lucu benar,memang benar saya akan membuat pengumuman tetapi bukan pengumuman melompat parti tetapi pengumuman tentang hal lain kerana pada tarikh 16 September saya menganjurkan Majlis Berbuka Puasa di perkarangan pejabat saya.Majlis ini sudah lama saya buat,sejak zaman saya Ketua Pemuda lagi.
Majlis ini dibuat di pejabat saya yang dulunya merupakan rumah Ayahanda saya.
Selepas solat Tarawih,ramai Ahli Parlimen yang menghubungi saya termasuk Pengerusi BNBBC iaitu Datuk Seri Tiong King Sing,beliau menanyakan benarkah saya sudah menyertai PKR kerana di Kuala Lumpur,Sabah dan Sarawak sudah riuh yang saya sudah menandatangani surat menyertai PKR,saya memberitahu mereka supaya jangan risau,saya masih bersama mereka dan berpegang teguh kepada Umno dan Barisan Nasional.
Saya secara peribadi berpendapat,Pas dan Dap tidak berkongsi mimpi untuk membentuk kerajaan pada 16 September,kerana baru-baru ini semasa PKR menghantar wakil mereka untuk menemui MP-MP BN di Taiwan kita dapat melihat mereka hanya tergolong dalam PKR,dan tidak ada waki dari Dap dan Pas,disitu saya dapat melihat bahawa 16 September hanyalah impian PKR dan bukan impian bersama Pas dan Dap.Kini sudah melepasi tarikh 16 September,apa yang jadi?penyokong-penyokong PKR ternganga,kenapa PKR masih belum membentuk kerajaan,ini kerana mereka hanya bercakap tetapi tidak mampu untuk melaksanakannya.
Selepas 16 September kini PKR hanya hidup dalam alasan,bermacam-macam alasan yang diberikan bagi menipu rakyat dan penyokong-penyokong mereka.Saya berharap rakyar-rakyat Malaysia tidak akan mempercayai kata-kata atau janji-janji kosong yang aan dibuat oleh Parti Pembangkang dimasa akan datang.
Saya berharap dibulan mulia ini,kita akan memperkukuhkan lagi hubungan silaturahim sesama kita,dan perbanyakkan ibadat-ibadat yang dikira bonus seperti berzikir dan sebagainya,jangan lupa yang wajib!!!InsyaALLAH kita akan berjumpa di Syawal dalam majlis-majlis hari raya.Selamat Bersahur dan Berpuasa

3 comments:

RAJA SIBER said...

Begitu tinggi nilai tawaran kpd DANIF
sebagai menteri kewangan. Tapi sebagai ahli UMNO sejati, saya yakin DANIF tidak termakan pujukan itu & menolak mentah2.

p/s melepas berbuka pose dirumah DANIF (nama baru dato nasir) krn berada DANIF di New York.

perjuanganku said...

cayalah Y.B jiwa rakyat.

Unknown said...

junjunglah demokrasi yang suci.
saya terpena membaca entry ini,
semoga datok terus ikhlas dan amanah dalam memperjuangkan nasib bangsa..

p/s - seronok pada slogan "gelombang nerus"..
cuma, tidak semua kawasan yang dengar slogan ini. rugi bukan?