Saturday, August 2, 2008

Fitnah permainan kotor politik


Salam,Alhamdulillah setelah beberapa hari sibuk dengan urusan rakyat dan parti,hari ini saya dapat meluangkan sedikit masa untuk menerangkan tentang beberapa isu yang kini sedang hangat diperkatakan di Kuala Nerus.


Mungkin sesetengah pihak ada terbaca kenyataan saya di akhbar Berita Harian mengenai tomahan terhadap saya,berhubung pertandingan umno bahagian Kuala Nerus.Ada berita dan khabar kononnya saya mengugut tidak akan melantik semula Pengerusi JKK jika saya tidak mendapat pencalonan di cawangan tersebut.Disini saya ingin menegaskan bahawa tomahan ini adalah tomahan yang tidak berasas dan palsu.


Isu untuk menarik semula projek yang telah diberikan kepada cawangan dan amaran peribadi adalah taktik dan fitnah politik apabila ada sesuatu jawatan untuk dipertandingkan,isu dan fitnah ini adalah asam garam politik untuk seseorang calon menjatuhkan calon yang lain demi mendapat pencalonan yang cukup sebelum dapat bertanding pada pemilihan bahagian Oktober depan.


Tetapi setakat ini tiada sebarang bukti dikeluarkan dan ternyata ini adalah fitnah dan hanya khabar yang ingin menjatuhkan saya,saya minta kepada pihak yang mendakwa mereka mempunyai bukti atau maklumat mengenai isu ini untuk melaporkannya kepada badan disiplin Umno.Saya langsung tidak gentar untuk berhadapan dengan mereka yang melemparkan fitnah ini,bagi saya pengalaman saya yang sudah berkecimpung hampir 30 tahun didalam politik dan Umno telah banyak mengajar saya asam garam politik dan permainan kotor sesetengah pihak yang ini menjatuhkan seseorang.Jadi saya minta kepada seluruh warga Kuala Nerus untuk tidak menghiraukan khabar-khabar ini kerana ianya berbentuk fitnah.

Kegemilangan Bersama,

Salam,

Nasir Fikri

1 comment:

Anonymous said...

nak buat camana benda dah terdesak,org terdesak apa2 isu akan diguna utk memenang sesuatu.. itulah politik,. jgn susah Dato, rakyat bukan bodoh lagi..hari2 buka internet.. Zaman dah berubah dunia dah maju...selamat bertanding