Gambar yang perlu anda sendiri nilaikannya.
Assalamualaikum.
Saya tidaklah terkejut sangat dengan
kenyataan terbaru Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Mat yang
menyamakan penerima bantuan kerajaan pusat seperti haiwan. Dia ulama politik
dan apa yang dia cakap juga bermotifkan politik.
Bagi saya mudah, ulama politik akan
hanya mempertahankan kepentingan politiknya sahaja walaupun ia jelas
bertentangan dengan ajaran Islam. Tidak perlulah saya menyebut semula apakah
kata-kata Nik Aziz sebelum ini, namun saya fikir kita semua sudah sedia maklum
akannya.
Yang sedikit terkilan, kata-kata Nik
Aziz terhadap penerima bantuan Kerajaan Pusat yang diterajui BN, telah terkena
sama ke atas batang hidung ahli dan penyokong. Sebabnya, pemberian bantuan
kerajaan BN, ia tidak mengira apa jua fahaman politik. Setiap rakyat yang layak
akan diberikan.
Saya tidak dapat bayangkan betapa
hinanya rakyat susah ini di mata Nik Aziz. Lebih terkilan apabila beliau
menyatakan bahawa pemberian wang ringgit adalah bukan menjadi ajaran Islam
kerana menurutnya Islam mengajar umatnya diberikan ilmu.
Entahlah, sepatutnya sebagai ketua
kepada sebuah kerajaan yang dia dakwa kononnya sebagai kerajaan Islam, bantu
membantu adalah sesuatu yang wajar diberikan sokongan.
Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan
untuk membantu rakyat yang memerlukan. Percaturannya mudah sahaja, jika Nik
Aziz tidak mampu lakukan atau berikan apa-apa kepada rakyat Kelantan, usahlah
beliau menghina orang lain yang membantu rakyatnya.
Adalah sesuatu yang malang jika sebuah
kerajaan yang selama ini cuba menukar prinsipnya kepada sebuah kerajaan
berkebajikan kononnya, mendakwa pemberian wang kepada rakyat umpama memberikan
makanan kepada haiwan. Ia sungguh memalukan.
Bagi kerajaan BN, rakyat adalah
diutamakan. Bagi kerajaan BN, apa jua keperluan rakyat mestikan diletakkan
dalam senarai paling atas sekali. Bukankah, mandat sesebuah kerajaan itu
datangnya daripada rakyat?. Justeru, kerajaan perlulah menjadi pihak yang mampu
membiayai kehidupan rakyat dan bukanlah sebaliknya.
BN adalah sebuah kerajaan yang
bertanggungjawab. Nik Aziz boleh berkata apa pun, namun rakyat akan menilainya
dengan adil.
Jelas sekali, kenyataan Nik Aziz itu
mendedahkan kegagalannya mentadbir negerinya sendiri dan memang wajar BN
merampas semula Kelantan pada PRU akan dating ini, insya’Allah.